SINGAPURA – Gaji menteri-menteri Kabinet Singapura akan dikaji semula menyaksikan gaji mereka dipotong apabila formula gaji sedia ada menteri-menteri dimansuh, kata seorang pemimpin masyarakat berpengaruh Gerard Ee.
Beliau memberitahu Channel NewsAsia hari ini formula gaji sebelum ini menjadikan menteri-menteri sebagai jutawan menyebabkan ramai pengundi marah sehingga mempengaruhi majoriti undi Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada pilihan raya umum negara ini, baru-baru ini.
Perdana Menteri, Lee Hsien Loong dilapor telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji semula skim gaji menteri-menteri Kabinet yang menerima pendapatan antara S$1.57 juta (RM3.8 juta) hingga S$3.04 juta (RM7.4 juta) pada 2009.
Gerard Ee yang dipertanggungjawabkan mengetuai jawatankuasa itu berkata, langkah itu akan mengurangkan gaji menteri-menteri Kabinet jauh lebih rendah berbanding sebelum ini.
“Formula yang digunakan sekarang untuk mengira gaji menteri-menteri Kabinet akan dimansuhkan,” katanya selepas Kabinet baru republik ini mengangkat sumpah, semalam.
Hsien Loong dan 15 menteri Kabinet barunya mengangkat sumpah di hadapan Presiden S.R.Nathan di Istana Presiden, semalam.
Kabinet baru dengan hanya 15 menteri berbanding 21 sebelum ini menyaksikan beberapa muka baru selepas sembilan menteri termasuk Menteri Mentor Lee Kuan Yew dan Menteri Kanan, Goh Chok Tong bersara.
Gaji tinggi yang diterima anggota Kabinet merupakan satu daripada beberapa isu yang dibangkitkan semasa pilihan raya umum lalu, selain kenaikan kos tinggi perumahan awam, penjagaan kesihatan dan barangan asas. – Agensi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan