Isnin, 6 Jun 2011

MEMILIH CALON WAKIL RAKYAT..

Salam Solidaritas..

Agak sebok minggu ini. Semasa diKelang, yob berkesempatan bertemu dengan rakan seperjuangan, yakni Anthony Dass Joseph, Pg Abdul Razak, Mia Kr dan Jaksa Kotaraja.

Pertemuan yang tidak dirancang ni berlangsong hingga lewat suboh. Namun soalan paling kritis dilontarkan kepada yob berbunyi...

"Apakah dasar perjuangan yob..?"

Tergamam seketika, yob membetolkan posisi kedudokan, menarik nafas panjang..

"yob berjuang diatas prinsip 'yang benar jangan dipertikaikan, dan yang salah jangan diselindungkan..'.Contoh, jika calon yang bertanding itu dari PKR, tetapi mempunyai rekod yang burok, yob tidak akan menyokong calon tersebot.

dan yob akan pastikan kekawan yob juga melakukan tindakan yang sama. malah, sukarelawan sukarelawan juga akan dikerah membantu calon PR lain yang mempunyai track rekod yang baik, tidak mengira bangsa Cina, Melayu atau India.

pastinya ini akan mengurangkan jumlah undi yang diperlukan oleh PR. yob tidak melihat kepada parti, kiteria yang penting adalah calon yang berwibawa dan boleh dipercayai. apakah ini bermakna yob akan mengundi calon BN jika calon tersebot mempunyai track record yang baik..?

sejarah politik BN telah membuktikan, sebelom dan semasa bertanding, calon BN ini mempunyai latarbelakang yang cukop meyakinkan. Bila dah jadi wakil rakyat, tandok mulai keluar dari celah celah dahi. Contoh : Dr Khir Toyo.

prioritas yob adalah masa depan anak anak bangsa Malaysia. Bukan PKR, DAP atau PAS. Jadi, yob kena mengkaji dan mendapatkan maklumat mengenai calon tersebot. Apakah yob sekeluarga akan menyerahkan 5 tahun kehidopan ini didalam tangan wakil rakyat yang amanah atau korup?

Apakah ini bermaksud yob tidak cukop darah melayu dan/atau darah pejuang islam dengan memilih calon bukan melayu/islam sebagai wakil rakyat? ahhh apa guna memilih wakil rakyat melayu, jika dikelilingi korupsi?

Lim Guan Eng merupakan contoh terbaik. menjaga kebajikan rakyat berbilang kaum dengan bijaksana, walaupon bukan melayu dan bukan islam. mengapa tidak yob sandarkan 5 tahon lagi dan melihat bagaimana dia mentadbir. gagal? tukar saja kerajaan lain.."

menghela nafas berbau gudang garam, yob mohon diri untok menyempurnakan hajat kecil. mereka terdiam diselubungi suasana hening pagi Isnin. Kontroversi? tepok dada tanya selera.... Asalam

Tiada ulasan: