'Najis'yang melekat kepada UMNO susah hendak dibuang...
Kelemahan UMNO ialah untuk menguruskan kejayaannya. Itu nyata. Masalahnya bermula apabila UMNO diwariskan kepada pemimpin yang tidak berjiwa UMNO. Mereka hanya berteriak kuat tentang UMNO tetapi UMNO dipergunakan oleh pemimpin yang menerima warisan itu untuk kepentingan peribadi ...dan keluarga semata-mata.
Ada pemimpin yang yang suatu ketika dahulu tidak mampu mengisi minyak kereta yang kecil sekarang sudah menjadi pemimpin besar. Yang tidak dapat di maafkan ialah mereka memerah segala apa yang ada untuk memperkayakan diri tanpa had dan lebih-lebih lagi tanpa malu dan segan pula bercakap tentang perjuangan yang tinggi-tinggi yang mereka sendiri tidak mampu melakukannya.
UMNO yang membina segala institusi demokrasi, UMNO jugalah yang membinasakan institusi-institusi ini. Apabila pelacuran ke atas bidang Kehakiman negara pada 1988 dahulu institusi kehakiman tidak kebah-kebah dengan imej yang tidak meyakinkan. UMNO yang memperkuatkan institusi Raja-Raja untuk memperkuatkan kedudukan orang Melayu dahulu, UMNO jugalah yang merobek dan merebahkan institusi ini sehingga institusi ini menjadi lemah dan longlai.
Tetapi warisan yang amat mengecewakan rakyat ialah budaya rasuah dan menggunakan kuasa dengan salah itu adalah dosa yang tidak dapat diampunkan oleh ramai rakyat pengundi. Mereka adalah di kalangan the ‘silent majority’ dan di antara mereka ini adalah ahli-ahl UMNO sendiri.
Apabila ada ahli yang sedar dan mengkritik, penyokong dan pengampu-pengampu tanpa tauliah akan menerpa mengutuk dan membidas kumpulan kecil yang sedar ini. Pendeknya tidak ada apa-apa ruang untuk UMNO memperbaiki dirinya.
Kecenderungan rakyat untuk bertindak bertentangan dengan kehendak UMNO semakain jelas kerana mereka merasakan UMNO sudah tidak layak diberikan keyakinan lagi. Rakyat ramai sedang cenderung untuk melihat UMNO turun dan menggantikan dengan kepimpinan yang lain.
Usaha Ahmad Zahid Hamidi dan Muhyiddin untuk menghalang orang Melayu dari mendekati DAP misalnya tidak diiraukan orang ramai lagi. Rakyat menganggapkan pemimpin-pemimpin itu sedang merasakan ketakutan mereka terhadap sokongan parti itu dari berkembang. Rakyat tidak segan dan silu lagi untuk memberikan perhatian kepada DAP kerana mahu mengambil kesempatan untuk memberi pengajaran terhadap pimpinan UMNO yang dianggap sebagai perosak kepada negara. PAS juga sedang menerima sokongan dari ramai rakyat Islam yang berpendidikan yang mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat.
ADA ORANG UMNO BERANI BANTAH HUJAH INI..?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan