Isnin, 13 Jun 2011

Tanjong Pagar yang telah terjual ke Singpore..

DIMANA PERKASA?DIMANA PEKIDA?DIMANA PEWARIS?DIMANA PEMUDA UMNO?

30hb June 2011 - Satu lagi tarikh gelap bagi Negara kita.Satu lagi harta Negara telah tergadai.Ini lah tarikh terakhir KTM akan berhenti di Tanjong Pagar yg telah terjual ke Spore(KTM akan menganjurkan "Party" di sepanjang perjalanan tren terakhir menuju ke stesen keretapi... Tanjung Pagar,Singapura pada 30 Jun nanti - 'last train ride party to Tanjung Pagar' , tak tau la sapa bagi idea bangang ni kat KTM)

Stesen Tanjung Pagar yang besar dan luasnya lebih kurang 176 hektar yang bernilai berbilion dollar itu kini telah 'ghaib'.

'Woodlands checkpoint' pula bukanlah sebuah stesen keretapi dalam erti kata yang sebenar, tetapi adalah sebuah kompleks untuk Kastam, Imigresen dan Kuarantin yang di-miliki olih Singapura.

"Saya telah berusaha menahannya, tetapi air mata saya gugur juga di-bumi Singapura ini akibat kebodohan dan bangannya menteri umno kita..", itu kata-kata terakhir seorang kakitangan KTM di stesen keretapi Tanjung Pagar,Singapura....

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mereka yang terlibat menyerahkan tanah KTM di Singapura akan dikenang sampai bila-bila. Mereka akan kekal berada dalam lipatan sejarah. Kalau Sultan Hussien of Kampong Glam dikenang sebagai orang yang menyerahkan Temasek kepada Stamford Raffles, nama mereka yang terlibat menyerahkan tanah KTM di Singapura sebaris dengan Sultan Hussien of Kampong Glam. Kalau nama Sultan Hussien of Kampong Glam dikutuk sampai bila-bila, nama mereka yang terlibat menyerahkan tanah KTM di Singapura pun akan dikutuk sampai bila-bila.

Tanpa Nama berkata...

Nilai sebenar tanah KTM di Singapura menurut anggaran pada tahun 1995 ialah RM1.5 trillion. Bagi forumer yang gagal matematik ketika UPSR (atau Penilaian Darjah Lima), RM1.5 trilion bermaksud RM1,500,000,000,000.00.

Itu adalah penilaian pada tahun 1995. Pada tahun 2011, nilainya bertambah berkali-kali ganda lagi. Pada tahun 2015, nilai tanah itu boleh mencecah RM3 trillion. Jumlah RM3 trillion itu kalau dibelanjakan untuk bajet tahunan negeri Kelantan, 7,500 tahun baru boleh habis. Apa yang Malaysia dapat sebagai imbuhan ialah tanah sekangkang kera di pinggiran pantai yang nilainya tidak seberapa.

Bandingan dengan bajet tahunan negeri Kelantan ialah RM400 juta. Bagi forumer yang gagal matematik ketika UPSR (atau Penilaian Darjah Lima), RM400 juta bermaksud RM400,000,000.00.

Tanah KTM sudah terlepas ke tangan Singapura. Persoalan yang timbul ialah, oleh kerana nilai tanah itu sangat mahal, siapakah yang mendapat komisyen dari GOS dan berapa banyak?