KERAJAAN SUMBANG, JEJANTAS DAN MUAALAF..
"Kerajaan Sumbang, Jejambat dan Muaalaf.."
Salam Solidaritas...
Kesempatan berada didalam Parlimen Kota Raja dan DUN Seri Andalas, Yob dihidangkan dengan pemedih mata mengenai kehidopan seorang muaalaf bernama Ali@Atan@Ah Lai.
Selama 7 tahun, berteduh didalam sebuah pondok burok dibawah jejantas komuter Kampong Pandan,Kelang, didalam kemajuan pembangunan negara, maseh ada lagi yang tidak berumah dan tinggal dibwah jejantas komuter.
Apakah yang telah dilakukan oleh kerajaan BN dan PR didalam membela nasib simiskin tegar ini? Dimana Majlis Agama Islam Selangor? Lapuran dan aduan terdahulu kepada BN dan kerajaan PR Selangor dan hanya menyaksikan janji janji pemanis mulot sahaja.
Disaat gaji CEO syarikat milik kerajaan (GLC) mencapai jutaan ringgit setahun, kita disajikan dengan kemiskin terlampau di ADUN Seri Andalas.
Dimana mana TV3?
Dimana ADUN Seri Andalas, Kelang, Dr Xavier Jayakumar..?
Dimana MP Kota Raja, Kelang, Dr Mariah Mahmud..?
Dan dimanakah slogan BN yang 'rakyat didahulukan.. dan dimanakah 'Negeri Kebajikan' yang dilaung laungkan oleh kerajaan PR Negeri Selangor...?
Ulasan pembaca dialu alukan.../yts
Tiada ulasan:
Catat Ulasan