Khamis, 9 Jun 2011

MEMBUKA AtAU MENUtUP PEKONG DIDADA..?

Sekali lagi yob diasak dengan soalan retorik ini. Mengapa yob suka mendedahkan kepincangan yang berlaku didalam PR, khususnya PKR..? Ini akan memberi kelebihan kepada Umno/BN dan melemahkan semangat pengikot PKR.

Jawapan yob :
...
1. Kejatuhan Umno, MCA, MIC dan Gerakan adalah punca daripada tidak berani membuka pekong didada. Kita melihat dan mendengar bagaimana ahli, ketua cawangan, ketua bahagian diberi amaran agar tidak mempersoalkan kepincangan dalaman parti.

2. Kesannva, kita melihat budaya anggok anggok, geleng geleng berleluasa didalam parti BN ini. Keberanian bersuara telah dikunci. Pemimpin takot kehilangan kerusi.

3. Hasilnya..? Ahli ahli Umno sendiri melihat bagaimana pimpinan mereka merompak khazanah rakxat dan ahli tidak mampu berbuat apa apa.

4. Jika budaya ini diamalkan didalam PKR atau PR, dan ahlinya juga tidak mampu bersuara dan menurunkan pemimpin diktator, APA BEZANyA UMNO DENGAN PKR..? SAMA BUKAN..?

5. Apabila kita bersuara secara terbuka, membuka pekong didada, check and balance akan berlaku. Pimpinan PKR harus bersedia menerima suara dan pandangan luar dari pejabat PKR. Jika tidak bersedia menerima, rakyat juga bersedia untok memindahkan undi mereka kepada parti yang lebih baik.

Zaman sudah berubah, teknologi sudah berubah, maka parti parti politik juga WAJIB berubah...


Salam dari tualang sekah.. ♥

Tiada ulasan: