Rabu, 8 Jun 2011

PILIH LATAR BELAKANG CALON ATAU PARTI YANG DIWAKILI..?

Salam Solidaritas.. Berikot adalah pandang peribadi Yob Tualang Sekah semasa sedewan dengan taiko taiko politik...

1. Zaman menyokong parti tertentu itu sudah berakhir. Kesan daripada penguasan Umno/BN menyaksikan pelbagai isu nasional yang gagal ditangani dengan saksama.

2. Memilih parti Umno, akan dicop sebagai rasis melayu. Memilih parti DAP, akan dicop sebagai rasis Cina. Memilih parti PAS, akan dicop sebagai extremis dan terroris Islam.

3. Inilah yan dilaung laungkan oleh politikus yang tidak bertanggongjawab demi mengekalkan kuasa. Menipu dan menipu agar terus berkuasa. Yang sengsara, anak anak Malaysia...

SOLUSI :

1. PARTI ANAK ANAK MALAYSIA. Parti ini hanya ujud didalam jiwa dan perlaksanaan oleh calon yang bakal dipilih didalam PRU 13.

2. Pilihlah calon berdasarkan kepada track record peribadi. Biar dari PAS, DAP, PKR atau pon BEBAS... (Umno tidak termasok).

3. Apa guna kita memilih wakil yang berpendidikan ugama 4 senawi, akhirnya menyembah harta dunia, dan rakyat sengsara.. (Khir Baharom, Dr Mashitah sebagai contoh)

4. Apa guna kita memilih wakil melayu, cina atau india.. jika akhirbergelumang dengan korupsi.

5. Pilihlah calon berdasarkan latar belakang politik yang bersih. Berpegang teguh pada ajaran ugama masing masing. Dan mampu membela nasib rakyat yang mengundi nya...

6. Calon yang baik tidak semestinya orang melayu. Buka lah mindset masing masing. India, Cina, Iban, dan sebagainya juga mampu menjadi wakil rakyat yang baik.

Pilihlah 'parti anak anak malaysia'. Ia hanya ujud didalam hati dan minda. Dan, pilihlah calan yang berwibawa sahaja...

"SELAMATKAN ANAK ANAK KITA.."

Salam dari Tualang Sekah
LINK : http://www.tindakmalaysia.com/showthread.php/1879-Malaysians4Change-Road-Map-Part-4-Item-2.2-Candidate-Selection-Criteria-%28CSC%29

Tiada ulasan: