Khamis, 16 Jun 2011

Maharaja Parsi di Malaya?

Arakian,pada suatu hari Maharaja Parsi pun bertanya kepada para pembesarnya,bagaimana aku mahu memerintah dengan aman, mengekalkan staus quo kekuasan ku tanpa rakyat bangkit menentang?
 
Syahdan,adalah seorang bijakbistari, ahli falsafah (maaf,aku lupa namanya) memberikan petua berikut:
 
~Adapun tuanku akan segala hambarakyat itu jangan dibe...rikan makanpakai secukup dan sepuasnya dan segala pembesar, cerdikpandai, pegawai2 kanan,ketua polis,ketua tentera dan bangsawan hendaklah tuanku bagi makan sepuas-puasnya,semewah-mewahnya dan berlebih2an.
 
Maka bertanyalah akan Maharaja itu apakah falsafah disebalik petua itu?
 
Dijawab oleh sibijak bistari: jika hambarakyat makan pakai susah,maka yg ada didalam fikiran mereka setiap kali bangun tidur dan nak tidur semula ialah bagaimana nak cari rezeki untuk sara keluarga.jadi mereka tak ada masa fikirkan tentang negara,tentang politik,tentang ekonomi, tentang hasilmahsul negara yg dibazirkan; sebaliknya,jika mereka kenyang,mereka ada masa fikirkan tentang hal negara dan akan timbul kesedaran.
 
Manakala,para cerdikpandai,pembesar,alimulama dll jika mereka tak cukup makan atau tidak dimewah2kan nescaya mereka akan bertanya, negara kaya,hasilmahsul banyak,petronas untung billion2 tetapi kemana kekayaan ini pergi? ini bahaya untuk putrajaya! jika mereka ini diberikan segala kenikmatan,kemewahan,makan pakai berlebihan,mereka akan tinggal di zon selesa,tak mau melawan sbb akan banyak kerugian dan akn setia kekalkan status quo cara hidup mereka.
 
Demikianlah. cuba bandingkan apa yg dilakukan oleh Maharaja Parsi ini dengan yg berlaku hari ini di Malaya?

Tiada ulasan: