Jumaat, 22 Julai 2011

Yob, Kak Yong dan Laman Al Marhum...

"Suka kita bertanya manusia berpelajaran tinggi dan telah berusia 62 tahun ini, akan tercapaikan hasrat untuk memotong sendiri jari-jari anugerah Allah kepada saya ini? Lupakah tuan, udara yang sedang tuan sedut keluar masuk ke dalam paru-paru tuan, juga, adalah anugerah Allah SWT." ~ Laman Al Marhum 

------------------------------------------------------------------------------------

Sekembali Yob ke Tualang Sekah, Kak Yong komer dah tercongok didepan pintu menyambut kepulangan sang suami. "Teh tarek dah siap.. moh ler kedalam..", kata Kak Yong komer. 

"Ok..", jawab Yob rengkas...

"Aper ceriter si Laman Al Marhum ni bang..?" tanya Kak Yong lagi.

Yob jawab "Biasa ler, dapat fakta dari pihak ke 3, banyok salah dari benornya.. Hehehehe", aku tertawa...


Kak Yong komer ni sebenornye pengikot setia Yob sejak awal dulu dulu. Merupakan pengkritik dan pengulas politik yang tidok kurang hebatnya. Maklom ler, dulu Kak Yong komer ni orang kuat UMNO. Selepeh 1998, dia pon dah getik tahap maksima dengan politik fitnah dalam organisasi UMNO ni..


Selepas Yob menelan 2 bijik cekodok, Kak Yong bertanya lagi... 

"Abang peronah jumpa ke Laman Al Marhum ni..?


"Idok peronah.." Yob rengkaskan ajer.


"Habih macamana buleh lantik Laman Al marhum ni jadi admin..? tanya Kak Yong kamu lagi.


"Dia kawan lama dengan Pak Marhaen Tua, dan Pak Marhaen Tua sokong kalo abang lantik Laman Al Marhum ni jadi admin." Yob jawab rengkas jugak.


2 sisipan teh tarek, Yob mencapai gudang garam...


"Kalo Laman Al Marhum tok peronah jumpa abang, macamana dia buleh tulis umor abang 62 tahon..? Kak Yong ngusik Yob lagi.


"Entoh ler, ini ler masaalahnya bila menulis dari sumber pihak ke 3 yang tidak soheh... Warghkahkahkah!" Yob ketawa terbahak bahak bila nengok Kak Yong kamu ngekek manjer...


"Yang, abang ni dah tua bebenor yer..? Warghkahkahkah! Yob tak mampu menahan ketawa. Laman Al Marhum ni kononnye penulis tersohor, tetapi dia sendiri diperdaya oleh informer nyer sendiri.." jawab Yob lagi.

"Eeeee kuat bebenor pitnah yer bang..? Ayang ketawa biler baca tulisan dia. Abang belom pon cecah 50 tahun, jari dia sedap jer taip 62 tahon." sambil Kak Yong memicit bahu Yob.


Yob paham, picit bahu Kak Yong kamu ni, ader maknanyer. Maklom ler, malam Sumaat akan tiba beberapa jam lagi. Yob menghela gudang garam yang difatwakan sebagai haram oleh majlis fatwa kebangsaan, tetapi kilang rokok terus menerus mengeluarkan rokok 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahon. Komer pikior ler sendiri.


"Kenapa abang nak potong jari Laman Al Marhum dan semua admin..?" Kak Yong kamu tanyer lagi.


"Abang gempor jer demer semua. Kalo yang bersalah, mesti tak tidor malam dibuatnya. Abang juga ada hantor pada Pak Marhaen Tua supaya menyuroh Laman Al Marhum pulangkan balek kepada tuannyer. Pak Marhaen pon sms ler pada Laman Al Marhum, dah suroh pulangkan balek..." Kata Yob pada Kak Yong kamu.


Entah biler masa nyer, Kak Yong komer dah dudok sebelah Yob. Jari jemarinyer sebok memicit kepala Yob yang tak pening ni. Ermmm... nak sesangat ler tu, kata Yob dalam hati.


"Syukor le bang, gempor abang menjadi... kekekeke, abang dah tau sapa sebenornya yang mengkhianati perjuangan. Sepatotnye, bincang ler dulu kan...". Kata Kak Yong komer lagi.


Jawab Yob : "Lantok dia ler, jari dia yang tulih, esok tanggong ler didunia sana. Kalo nak jadi hero pon, bior ler kena caranye. Admin semua  pon tak kenal Laman Al Marhum ni, turun padang pon idok, tapi nulih berita macam dia berada ditempat kejadian... Warghkahkahkah!" Yob tak mampu menahan ketawa lagi. Senak perot.


"Jom masok dalam bilik bang, rehatkan badan.." Kak Yong komer memberi senyuman manja.


Dengan langkah "bagaikan sijantan yang berkokok" Yob dengan bingkas bangun dan memimpin tangan Kak Yong komer dan berjalan menghala kekamar tidur.  

Dikala usia 62 tahun ini, mampukah aku..?Wink! Wink!

~ Bersambung~


p/s Sebelom Yob terlupa, senayan ini Yob ade temujanji dengan bos Pejabat Tanah.

Tiada ulasan: