Kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Kuantan - Lynas Corporation telah mendapat kelulusan bersyarat untuk meneruskan projek mereka.
Kelulusan itu diberikan oleh sebuah panel semakan kelolaan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia setelah mendapat pelbagai bantahan daripada rakyat yang mahu projek itu tidak diteruskan.
Menurut laporan panel itu, projek RM700 juta milik firma Australia berkenaan, adalah selamat tetapi Lynas perlu melaksanakan pelbagai langkah penambahbaikan di dalam pelbagai bidang sebelum ia boleh meneruskan operasi peringkat seterusnya.
"Pasukan semakan IAEA tidak menemui sebarang ketidakpatuhan dengan standard keselamatan radiasi antarabangsa,” kata ringkasan laporan panel itu.
Panel semakan sembilan anggota itu ditubuhkan oleh IAEA setelah dicadangkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsadan Industri dua bulan lalu bagi membuat kajian menyeluruh mengenai kilang Lynas di Gebeng yang terletak kira-kira 25 kilometer dari Kuantan.
Ia diketuai oleh Tero Varjoranta,seorang pengarah IAEA.
Bagaimana pun, pasukan pengkaji IAEA mengenal pasti 10 isu yang disifatkannya perlu dilakukan penambahbaikan sebelum fasa pengeluaran lesen projek Lynas itu seterusnya.
Laporan itu juga menonjolkan bahawa undang-undang dan peraturan Malaysia berkaitan keselamatan radiasi adalah komprehensif dan selaras dengan standard IAEA.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan