Diacah, dikejar, dilanggar sebelum jatuh ke atas jalan raya, antara
kronologi peristiwa seorang yang bernama Mohamad Sabu!
Bertempat di laluan yang sudah dikepung lebih awal oleh polis zalim
arahan Umno-APCO melalui Kementerian Dalam Negeri, di Lebuhraya
Mahameru lah segalanya bermula.
Dikhabarkan Mohamad yang selesa disapa Abang Mat sedang membonceng
sebuah motosikal yang datang dari arah utara (PWTC) menuju ke KL
Sentral di selatan untuk menghadiri sidang media Bersih dan Pakatan
Rakyat yang diadakan di Hotel Hilton, di kawasan yang sama.
Sedang membonceng, tiba-tiba datang sebuah kereta peronda yang entah
datang dari mana mengejar motosikal mereka.
Lalu, apa lagi!
Makin dihenjut motorsikal menuju secepatnya ke KL Sentral.
Tetapi sudah suratan.
Motorsikal sememangnya tewas di tangan sebuah kereta yang pastinya
dipandu laju persis Abang Mat seorang penjenayah lagaknya!
Motorsikal dilanggar dari arah belakang dan kedua-duanya tersungkur
menyebabkan ligamen lutut sebelah kanan Abang Mat cedera teruk!
Mujurlah tiada kecederaan lebih serius berlaku, namun apa yang
dikesalkan, sudah tiada tamadunkah polis Malaysia hingga sanggup
melanggar pemimpin politik bak seorang Botak Chin??
Apakah perasaan anggota polis itu selepas berjaya melanggar manusia
yang dihambat Umno-APCO untuk kelangsungan politiknya??
Bebalkah anggota polis yang melanggar motorsikal hingga hilang erti
peri kemanusiaan dan adab Timur serta agama Islam??
Jelas di sini, Bersih sebenarnya membuka lebih banyak pekung busuk
kekejaman dan kekerasan yang dilakukan polis hingga kita hampir nak
termuntah dibuatnya dengan pelbagai cara hanya untuk mendapatkan
maklumat bagi membolehkan Umno-APCO terus berkuasa di Putrajaya!
Dan Abang Mat yang antara menjadi mangsa terawal ditangkap polis hari
ini berkata setelah selesai majlis pengekebumian Allahyarham Baharudin
Ahmad yang didakwa polis yang sudah menjadi doktor:
"Tindakan polis terhadap peserta himpunan Bersih sangat tidak
bertamadun. Kerajaan Najib Razak menggunakan tindakan tahap Dunia
Ketiga dan tindakan sangat primitif, dan disaksikan oleh seluruh
dunia"
Jadi, bagi anggota polis yang masih ada iman, masih ada hati perut
bernama kemanusiaan, mahukah keluarga anda diperlakukan sebegini??
Fikir-fikirkanlah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan