Petang tadi Kak Yong kamu terjerit jerit didalam bilik mandi. Maklom ler, bilik mandi mak mertua teman ni pesyen lama. Maseh guna ayor telaga. Dindin dia pon guna daun nipah jer. Nostalgia wehh...
Terkezut mop teman dibuatnyer. Teman baru jer ngabih baca anugerah Ibrahim Ali, dahhh tetiba katak muncul dalam bilik mandi. Taik idong masin punya katak.
Bergegas teman kebilik ayor dengan berkain pulikat jer. Sapa tak sayang Kak Yong kamu oooi...
"Ngapa yang..?" tanya teman sebaik jer sampai ke bilik mandi open air. (Bilik mandi kat luor romah ler tu..)
"Tuuuuu ader katak dalam besen.. Ayang takot!" kata Kak Yong kamu sambil nyorok belakang Yob.
Teman pon selak le kain yang ada dalam besen merah tu. Eeeee mok, memang besor wehhh. Katak puru spesis Brahim Ali nihh. Teman cekop belakang tengkok, dah acah pada Kak Yong kamu... Melompat sakan ler... Heheheheh
"Abang ni kan, suka nyakat tau..." rengek Kak Yong kamu dengan manjer.
"Sakat bawak bahagia.." Yob balaih dengan selamba.
"Jom mandi sama sama bang...?" pelawa Kak Yong.
"Yahooooooo...." teman menjerit kecik.
Sambil mandi bersama, teman ceritakan kesah 'Anugerah Ibahim Ali kat Kak Yong. Sambil dia nyabon dan ngosok belakang Yob, Kak Yong kamu bersuara...
"Takkan la UiTM sebangang itu nak namakan anugerah sempena nama Ibrahim Ali. Apa jasa Ibrahim Ali ni? Mecah belah orang melayu jer kerojer dia. Kaki hasot, penyebor fitnah. Kalo ada anugerah baru, buat jer macam Khir Toyo. Bagi jer MOP.... buleh gak dia mengemop lantai... heheheh" explain Kak Yong.
Kak Yong sambong lagi... "Mana pegi Perkasa masa BERSIH? dengor labon dia nak bermandi darah? Tup tup, dia yang hilang dudok bawah tempurong... hmmm"
Teman sekadar nggangok jer. Sedap weh kena gosok belakang dengan beros sabut sambil dibuai angin sepoi sepoi..
"Orang politik macam tu la Yang, cari makan. Rosak Malaysia ni kerana ade yang se spisis macam Ibrahim Ali ni. Kerja dia mengadu domba jer. Kesian pengundi dia." jawab teman rengkas.
Aduhhhh... sedap nya kaki kena berus sabot.... hehehe
"Ape nasihat abang pada Brahim ni.." tanya Kak Yong kamu.
Teman mencapai timba lalu mencebok ayor dalam perigi...
"Udoh udoh ler fitnah orang. Mengaku jer Perkasa tak laku dimata rakyat melayu. Sapah pon tak peduli. Mukadimmah punya dasyat, guna ayat quran, tapi jari jemari menaip ayat ayat setan..." explain Yob sambil kumor mulot.
"dah Bang... jom masok romah.." Kak Yong kamu bersuara manja.
Teman membilas badan 3/4 kali dan teruih capai tola 'good morning..'
"Jom... sejok wehhh" ujar Yob sambil menjeling nakal.
Berganding tangan berdua... Wink!
p/s Kak Yong komer pesan lagi. Tulih yang baik baik. kalo takda yang baik baik nak ditulih, tutop jer laptop tu. Bior buta IT, jangan buta HATI. Warghkahkahkah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan