Cara Cara Nak Hack Channel Mustikal Kat Astro...
Aku  pasti ramai peminat Maharaja Lawak di luar sana kecewa apabila Maharaja  Lawak minggu ke-3 hanya akan ditayangkan di ASTRO Mustika sahaja  terutama pelanggan ASTRO yang tidak melanggan pakej Mustika.   Tak apa.  Jangan risau. 
Kami ada menerima emel yang memberitahu teknik untuk  melanggan pakej Mustika secara percuma. Ya. Percuma.   
Mari kita  ikuti tips daripada emel tersebut :-   HANYA IKUT ARAHAN YANG DIBERIKAN  SEPERTIMANA DIBAWAH DENGAN TENANG DAN SABAR..KERANA IANYA MENGAMBIL  SEDIKIT MASA..AL-MAKLUMLAH...BENDA FREE...JIKA KENA LAH SABAR...MARI  KITA MULAKAN...STEP BY STEP..OKEY..   
Cara ni aku dapat dari  cousin aku yg kije di Astro. Aku xmo cakap department mana takut die  terkantoi.     Tu ari aku pergi rumah die time siaran MAHARAJA LAWAK.  Die tgk kat channel ASTRO WARNA.   Ntah mcmane die pecah lobang bgtau  aku mcmane nak access saluran dalam pakej MUSTIKA nie tanpa perlu  melanggan.   
Aku mula tak caya gak. Tapi balik uma aku test sendiri MEMANG BETUL JADIK!     Korang cuba try test.
Cara  nie boleh UNLOCK channel pakej MUSTIKA sahaja.   HBO ke, NG ke, Sport  ke, sume xboleh sebab channel ni di kawal selia di luar negara.     1.  Biarkan dekoder Astro anda dalam keadaan 'STAND-BY'.   2. Tekan butang  ON/OFF. Astro akan menyiarkan channel terakhir yg anda buka.   3. Tekan  butang 130. Anda akan melihat pratonton utk pakej Musika.   4. Tekan  MENU. Pilih LIST SERVICE. Kemudian tekan OK.   5. Pilih saluran yg anda  ingin UNLOCK. (WARNA, CITRA, B4U shj)   6. Tekan OK untuk pengesahan.    7. Tekan MENU untuk keluar ke siaran TV. TV akan kembali ke saluran 130.    8. Tekan MENU sekali lagi. Pilih OPTION. Tekan butang OK   9. Pilih  CHANNEL INFO. Tekan OK   Di sini pengaktifan akan di hantar terus ke  bahagian penyiaran. Dekoder anda akan di kemaskini untuk menyiarkan  saluran yg anda UNLOCK.   10. Tekan butang ON/OFF. Tunggu selama seminit  (supaya dekoder anda dikemas kini.)   11. Tekan semula butang ON/OFF  utk siaran TV.   12. Langkah terakhir, tekan 130   13. Saksikan  pratonton Mustika.   14. Untuk melanggan:   i - Hubungi 1 300 82 3838;  ATAU ii - SMS Mustika<ruang><ICNo> ke 32888; ATAU iii - Klik  'Dapatkan Mustika' di atas untuk melanggan secare ONLINE.     15. Dgn  muke bengang korang tgk jela pakej2 yg korang langgan.      Hahahhahaha...mana ada  free Channel  kat ASTRO ni...semua nak kena  bayor ...
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
1 ulasan:
Hahahahahaa!!! Kelakar lah sgt wei.. Agak terpengaruh gak aku td tu..
Catat Ulasan