Khamis, 31 Mac 2011

artis, media dan kerajaan

5 pembaca wanita inbox yob meluahkan rase tak pueh hati kerana yob memaparkan gambor seksi artis, sejak dua menjak ni. 5 lawan 1, peeergh... serentak plak tu.

pendirian yob amat mudah. apa yang dipaparkan, jangan dilihat secara tersurat. jangan mudah mengecam yob. bagaimana pula dengan media perdana? bagaimana dengan polisi kerajaan sendiri? bagaimana pula artis itu harus berpakaian?

maseh ingat bagaimana faizal dikecam dengan hebat? lelaki kalo bukak baju apa nak ditengok? lain ler kalo bukak seluor. tetapi media memberi gambaran yang cukop negatif. dan faizal tahir kena mintak maaf secara terbuka.

apa yang yob cuba gambarkan adalah artis pompuan buleh buat sewenangnya, bukan menjadi kesalahan besor. dimana keadilan? dimana adat resam orang melayu?

budaya ni juga menular dikalangan anak, bini dan ahli politik. bergambor separoh bogel, minom beer, merupakan suatu kebanggaan.

"sodomy, sex dan sin" kini menjadi amalan biasa didalam media perdana. belom lagi sentoh bab 'golongan gay'.

perlukah yob memohon maaf secara terbuka seperti yang mereka pinta?


p/s ape pon, yob tabik la golongan PAS. mereka bebas dari kontroversi ini.

Tiada ulasan: