Selasa, 25 Januari 2011

MUSTAFFA KAMIL AYUB DIPECAT..2

(klik gambar untuk besarkan imej)

hanya mereka yang otai memahami isi sebenar surat ini...


1.surat ini dikeluarkan oleh parti dan bukan Lembaga Disiplin;
 
2.tidak ada peruntukan khusus berkaitan tunjuk sebab di dlm perlembagaan parti (jika ada mohon betulkan aku kerna aku cuma ada perlembagaan yg lama dulu);
 
3.tempoh sepuluh hari untuk menjawab adalah tidak munasabah kerana surat dihantar secara emel dan pos berdaftar ar;
 
4.tuduhan juga kabur dan terlalu luas.perlu difaktakan lebih jelas apa perbuatan menghalang tersebut;
 
5.perkara tunjuk sebab ini notis sepatutnya tidak sekadar melalui emel krn tiada bukti penerimaan notis tunjuk sebab;
 
6.jika notis dihantar melalui pos berdaftar ar, sepatutnya tempoh lebih panjang diberi memandangkan proses serahan pos itu sudah memakan masa 2-4 hari;
 
7.sepatutnya tempoh munasabah tidak melebihi 21 hari diberikan kepada penerima ataupun jika sepuluh hari adalah drpd tarikh surat tsb diaku terima;
 
8.di perenggan akhir amat mengecewakan.surat dikeluarkan oleh parti tetapi disebut jawatankuasa disiplin akan membuat anggapan.Kenapa surat ini tidak dikeluarkan oleh Jawatankuasa disiplin sendiri?
 
9.Amat tidak adil untuk membuat anggapan tuduhan adalah benar jika surat ini gagal dijawab (tidak dinafikan maka maksudnya sama saja dgn anggapan mengaku benar tuduhan itu);
 
10.sepatutnya jika surat ini gagal dijawab maka seharusnya parti merujuk pula kepada jawatankuasa disiplin yang boleh memanggil penerima (dlm kes ini sdr Mus) ke satu pendengaran khas tuduhan tersebut.
Ehsan : Al Keranggo

Tiada ulasan: