Sabtu, 22 Januari 2011

Setiausaha umNO Cawangan Felda Tenang, Allahyarham Abdul Latif Subhi, 61, meninggal dunia diserang sakit jantung kerana risau menguruskan kedatangan Najib ke Felda Tenang.

Para petugas PAS dari Pahang mengurus dan mengimamkan solat jenazah kerana imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan Najib ke tanah rancangan Felda Tenang.

Sehingga jenazah selamat dikebumikan, Najib tidak sempat menjenguk walaupun berada hanya 50 meter dari masjid.

"Inilah akhlak kepimpinan umNO kepada ahlinya sendiri." kata saksi yang menyaksikan peristiwa itu.

Sejak jam 10 pagi, jenazah ditempatkan dimasjid berhampiran untuk membolehkan Najib menziarah jika sempat.

Walau pun Najib dan rombongan melintasi masjid Felda Tenang, ia langsung tidak dipeduli, jauh sekali untuk disolatkan.

Calon PAS, Chegu Normala menziarahi jenazah allahyarham selepas solat Zuhur dan mengucapkan takziah.


p/s "Anda baca dan anda nilai sebagai seorang Islam.."


Tiada ulasan: