Khamis, 20 Oktober 2011

BERITA PERAK : Mamak Zambry dimalukan.

PAS Taman Song Choon Boikot Lawatan Menteri Besar Perak



Memang sudah dijangka Pas Taman Song Choon yang diketuai oleh seorang Imam sebentar tadi memboikot lawatan dan perjumpaan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ke Taman Song Choon. Tujuan YAB Datuk Seri Zambri membuat lawatan ke Taman Song choon adalah untuk meninjau perlaksanaan pembinaan sekolah agama rakyat Taman Song Choon.


Inilah Imam yang paling munafik pernah saya jumpa Zulkifli Tapson

Pengerusi Sekolah agama Rakyat Taman Song Choon iaitu Zulkifli Tapson telah berpakat bersama-sama Ahli jawatankuasa Surau dan SAR memboikot program tersebut.

Wakil SAR yang hadir kesal dengan tindakan Zulkifli Tapson kerana semua perkara dipolitikkan sehinggakan pendidikan anak-anak pun PAS hendak politikkan. Kata wakil itu lagi Zulkifli pernah menerima kehadiran Ngeh Kor Ham dan Nga Kor Meng dan bagaimana seorang pemimpin Islam seperti Datuk Seri Dr Zambry boleh ditolak.


Wakil dari SAR sedang berucap

Dalam ucapan Dr Zambry kesal dengan tindakan kurang cerdik daripada PAS Taman Song Choon dan berharap perkara ini tidak menjadi bahan politik pembangkang.

Dalam majlis itu Menteri Besar meluluskan sejumlah RM30,000.00 untuk pembelian peralatan dalam kelas Sekolah Agama Rakyat seperti kerusi, meja dan papa putih untuk pembelajaran anak-anak

Banyak perkara yang akan dibongkar nanti iaitu bagaimana Zulkifli menyuruh wakil dari sekolah agama Rakyat yang berjumpa dengan Perdana Menteri sewaktu lawatan PM ke Perak supaya letak jawatan.

P/S Baru komer ade akai... Warghkahkahkah!

Tiada ulasan: