Ahad, 30 Oktober 2011

Hari ini usia aku genap 18 tahun.


Baru sampai rumah selepas mesyuarat dengan Admin RTPJ Perak. Bob, Kyl, Hafiz dan Shah mencapai kata sepakat dalam pembentukan jentera pejuang rakyat Perak. Siri latihan pejuang rakyat untuk 24 sukarelawan Perak akan dilangsungkan awal bulan depan. Tahniah semua.

Aku kaget seketika apabila sampai rumah dan petik suis, lampu tak nyala. Arggggh! Mungkin fius terbakor gamaknya. Sang tercinta dan anak anak mungkin nyenyak tidur.Aku terus ke kamar utama dengan bantuan lampu dari henpon.

Sebaik saja aku membuka pintu, aku dikejutkan dengan laungan 'hepi besday'.... Nasib baik aku takde darah tinggi atau lemah jantong, kalo idak, mau tumpor... Warghkahkahkah! Aku terlupa hari ini usia aku genap 18 tahun dengan 32 tahun pengalaman. Jiwa terasa muda.

Hari ini juga adalah tarikh sama kelahiran Grup RTPJ diFesbook. Cuma waktu itu, aku sedang giat bergerak bersama kumpulan lain, jadi RTPJ dibekukan buat sementara.

Aku merasai dan melihat sendiri bagaimana terlalu banyak autokrasi dan birokrasi didalam kumpulan ini. Bagaimana jawatan penting diaturkan terlebih dahulu tanpa melalui kaedah dmokrasi, iaitu 'mengundi'.

Aku juga melihat bagaimana orang ini tidak dilantik untuk apa apa jawatan, dan bagaimana dia merayu kepada bosnya. Akhirnya dia diberikan jawatan. Ini tak ubah seperti Umno. Segalanya telah diatur.

Melangkah keluar, aku nekad menghidupkan RTPJ dan membentuk rangkaian pejuang rakyat yang tidak dinaungi oleh mana mana ahli politik atau parti. Warga RTPJ bebas menyuarakan kepincangan yang berlaku samaada dipihak RTPJ, BN atau PR sendiri.

Kini ahli RTPJ mencecah 19,000 dan 99% adalah penyokong PR. Kami bebas bersuara dan tiada bos berhak menghalang. Sebagai pejuang rakyat, kami berhak bersuara apa saja yang berkaitan dengan isu rakyat. Ya, kami memang penyokong PR, namun kami juga akan menegur, mengkritik jika terdapat kepincangan didalam PR. Jika Rasulullah saw sanggup memotong tangan anak baginda jika mencuri, apa ada pada BN dan PR.? Negara ini milik rakyat, bukan milik BN atau PR...

Suatu hari nanti, aku juga akan meninggalkan dunia ini. Sebelum aku pergi, aku harap aku dan RTPJ akan melahirkan 1000 PEJUANG RAKYAT yang berpegang dan berjuang atas prinsip "YANG BENAR JANGAN KITA PERTIKAIKAN, DAN YANG SALAH JANGAN KITA SELINDUNGKAN.."

Ucapan terima kasih kepada semua Admin terdahulu dan sekarang yang bergerak secara sukarela, dan banyak mengorbankan masa.

"Hepi besday to me dan RTPJ..."

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT....

Yob Tualang Sekah
     --Founder--


p/s Insyallah... Minggu depan RTPJ akan mengeluarkan T Shirt dengan logo PEJUANG RAKYAT. Baju ini boleh dipakai oleh sesiapa saja tanpa mengira jenama parti. pemimpin parti, bangsa atau ugama. Pemilik baju ini adalah PEJUANG RAKYAT sejati.

.

Tiada ulasan: