Khamis, 20 Oktober 2011

Yob, Mustaffa Kamil Ayub dan PRU 13..

Setelah sekian lama berdiam diri dalam arena politik, aku amat tertarik dengan tokoh PKR bernama Mustaffa Kamil Ayub. Aku menyertai kumpulannya, dan bergerak dibahagian media. Mustaffa Kamil Ayub mempunyai aura tersendiri. Mungkin kerana terlalu berbaik sangka, dia selalu menjadi bahan fitnah. Tokoh PKR ini memang berkarisma.

Dalam waktu yang sama, Aku mencipta logo untuk kumpulan yang diterajui oleh Mustaffa Kamil Ayub. 

Logo yang berteraskan 3 bangsa utama di Malaysia
Didalam video dibawah ini, Mustaffa Kamil Ayub ada menyebut nama aku sebagai pencipta logo ini. 



Secara peribadi, aku akan terus menyokong Mustaffa Kamil Ayub, dan RTPJ sebagai sebuah kumpulan Facebook, kami juga akan menyokong memimpin PKR ini.

Soalnya.. Apakah Mustaffa Kamil Ayub akan dicalonkan semula selepas krisis Pemilihan 2010? RTPJ aka terus memerhati & memantau perkembangan seterusnya.

"YANG BENAR KAMI TIDAK AKAN PERTIKAIKAN, DAN YANG SALAH KAMI TIDAK AKAN SELINDUNGKAN.." 

Aku dan RTPJ mengucapkan "Selamat maju jaya Mustaffa Kamil Ayub."

Tiada ulasan: