Sabtu, 22 Oktober 2011

Syed Hamid Ali : PKR Batu Pahat


Syed Hamid Ali :

"Syed Hamid menjamin PKR akan membariskan calon yang terbaik dan paling sesuai. Calon mestilah anak tempatan dan bukan calon payung terjun, supaya apabila dipilih, calon tersebut boleh tinggal dan berkhidmat kepada rakyat setempat. Calon muda menjadi pilihan." [Batu Pahat oktober 21]

Pengerusi PKR Batu Pahat En. Syed Hamid memberitahu bahawa dalam pilihan raya akan datang, bahagian itu akan mengenengahkan calon mereka untuk bertanding di kerusi parlimen Batu Pahat. Sama ada beliau dicalonkan atau tidak, akan diputuskan oleh parti.

Beliau berkata pengerusi KITA Datuk Zaid Ibrahim telah mengumumkan baru-baru ini bahawa pengerusi KITA negeri Johor, En . Mohd Zaid  akan bertanding. Kerusi Parlimen ini sebelum ini yang dipertandingkan oleh PKR.

Parkatan Rakyat akan berunding dan membincangkan perkara ini. Syed Hamid memberi jaminan PKR akan membariskan calon yang terbaik dan paling sesuai. "Bakal calon mesti memahami parti dan setia kepada parti, bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Bakal calon akan memberikan yang terbaik dan terus berkhidmat kepada rakyat sama ada menang atau kalah."

Beliau menekankan, PKR tidak mahu mereka yang menyertai parti itu hanya kerana mahu bertanding atau kepentingan diri. Ini adalah untuk mengelakkan calon melompat parti apabila menang. Walau bagaimanapun beliau percaya keadaan itu tidak akan berlaku lagi.

p/s Syed Hamid Ali adalah Pengerusi PKR Batu Pahat dan juga Admin RTPJ Batu Pahat.


Tiada ulasan: