Jumaat, 25 Februari 2011
Debat Perdana : Mahathir VS Nik Aziz...
Julong julong kalinya, rakyat marhaen akan berpeluang melihat ketokohan 2 tokoh tersohor ini berhujah secara berhadapan. Bior rakyat sendiri yang menilai melalui hujah yang bakal mereka kemukakan.
Selama 22 tahun memerintah, reputasi Mahathir tercalar dengan kegagalannya menawan Kelantan dan sekali gus menyingkirkan Nik Aziz sebagai MB Kelantan. Selama 22 tahun, Mahathir tidak berani berhujah dengan Nik Aziz. Hanya melalui akhbar dan tenet, Mahahtir berani bersuara.
Setelah pencen dan menjadi mantan PM (Mantan = mundar mandir tanpa jawatan), Mahathir meneruskan serangan bertali arus terhadap Nik Aziz dan Kerajaan Kelantan. Seolah olah, selagi dia hidop, dia akan pastikan Nik Aziz dan Pas tumbang diKelantan.
Namun Nik Aziz tetap kool. Nik Aziz berjaya melahirkan 'jutaan Nik Aziz' daripada Mahathir. Perlembagaan Islam yangdibawanya, lebih terserlah dari Perlembagaan Bangsa yang didokong Mahathir.
Apa pun, debat perdana diatas hanyalah 'debat bayangan' penulis. Apakah ianya akan menjadi realiti? Rasanya tidak. Sejak zaman Mahathir memerintah, dia tidak berani berdebat dengan ulama, khususnya dari PAS. Dan penulis berdoa, semoga debat diantara 2 tokoh ini menjadi kenyataan. Ameen...
~Yob Tualang Sekah~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan