Mungkin ramai pengikot setia Anwar Ibrahim (yang membuta babi), akan marah marah dengan statemen si Zahrain ni. Ironinye, itu yang bakal menjelma sekiranya Anwar berterusan mengamalkan 'budaya umNO' yang dipelajarinya dari ayah angkatnya, tun Madey.
Dengan amalan 'kronisma' didalam PKR, seorang demi seorang bingkas, sapu ponggong dan meninggalkan parti ciptaan rakyat ini. (PKR bukan cipataan Anwar Ibrahim). Soalnya, mengapa Anwar membelakangi suara akar umbi dan terus bertindak membelakangi perlembagaan parti..?
Jika Anwar buleh menggunakan media pabila suaranya tidak didengari, mengapa pula yang lain dihalang? Agak songsang tindakan Anwar sejak akhir ini didalam menangani isu dalaman parti. Mereka yang bersuara akan dicop sebagai pengkianat parti. Demokrasi cara apa yang Anwar bawa..?
Yob menulis hasil pengalaman Yob sendiri. bagaimana Anwar mempermainkan Ketua2 Cabang Perak dipejabat Ketua Pembangkang. Lain dimulut,lain dihati. Itulah Anwar Ibrahim, dulu, kini dan mungkin selamanya..?
Malahan, Yob juga terkena tempias pengkianat parti kerana mendedahkan kepincangan PKR didalam tenet. Ada Yob kesah..? Yob hanya berminat dengan 'kebenaran'. Apakah Yob perlu berhenti menelanjangi kebobrokan yang dilakukan oleh mereka..?
Hanya kerana ingin menumbangkan umNO dan menawan Putrajaya, kita harus berkompromi dan berdiam diri dengan tindakan Anwar yang songsang..? PAS dan DAP hanya memerhati tindakan bodoh Anwar. Dan tidak mustahil Anwar akan diketepikan bila tiba masanya.
Dan akhirnya Anwar mungkin tersungkur ditangga Putrajaya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan