(Klik imje untok tumbesaran)
tersenyom yob bila baca artikel Bob Lokman didalam 'suara keadilan'. gatey plak jari ni nak menjawab isu 'm nasir tak berapa berani'.
1. ramey yang tak berani muncul secara terang terangan kerana mereka mempunyai jawatan dan tanggongjawab terhadap keluarga. yob memahami situasi kumpulan ini. dan dengan menggunakan nama samaran didalam fesbook dan blog, mereka menyuarakan isi hati masing masing kepada pembaca mereka.
2. ya.. m nasir agak gementar selepas digam oleh KERAjaan apabila menjawab dengan sinis. industri muzik merupakan saluran beliau untok menyemarakkan usrah dan dakwah melalui bait bait lirik yang digarapkan.
aduhai kaseh aduhai, akar kita, dijalan sesat, cermin mimpi dan banyak lagi lagu beliau berjaya mendekatkan umat islam mendekati Allah swt. Bukan kah ini suatu jihad juga..?
Malahan, yob juga banyak menggunakan lagu lagu m nasir ini didalam mengimarakkan dunia islam didalam latihan latihan yob kendalikan.
3. Sdr Bob Lokman... miker mendapat hidayah pada umor menjangkau 47 tahun. Selama ini sdr tidak berani keluar dari kepompong. Yob salute tindakan sdr menarik diri dari menjadi juri raja lawak. berani.
Rumusannya, masing masing mempunyai keberanian tersendiri, samaada secara terbuka atau tersembunyi. Saudara memilih cara terbuka. tahniah dan teruskan usaha saudara.
p/s entah entah best friend Bob Lokman (Afdlin Shauki) juga merupakan pejuang secara sembunyi. mana kite tau kan..? Sekiranya nya Bob Lokman membaca nota ini, dah memahami maksud yob, Sdr Bob Lokman pasti tahu apa yang patot dilakukan. Assalam..
Sebuah lagu m nasir yang yob garap untok bengkel anak muda... enjoyyyy
Tiada ulasan:
Catat Ulasan