Ahad, 20 Mac 2011

Pilihanraya Sarawak... tunggu Yob


Sekali lagi aku dihentak kejutan. Satu lagi pilihanraya muncul dan kali ini memang gah habis. Pilihanraya Sarawak. Jiwa bergelojak ingin mengikuti dan membuat liputan secara langsung, namun aku kehabisan modal.Aku menulis dan mengambil gambar mengikut naluri sendiri. Agak sukar juga kerana sebagai blogger bebas,aku cuba menjadi seadil mungkin.


Ada yang ingin menaja, namun aku menolak kerana aku punyai prinsip aku sendiri. Menulis untuk memenuhi objekif individu tertentu, dan meranapkan prinsip 'sampaikan yang benar', memang meloyakan. Aku akan mencari mereka yang sealiran. Aku percaya, tuhan maha berkuasa.


Pencarian aku bermula...

Tiada ulasan: