Rabu, 30 Mac 2011

GAMBAR KOMIK LUCAH ANWAR


Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini membuat laporan polis berhubung sebuah komik yang memaparkan kartun lucah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Seri Anwar Ibrahim dalam pelbagai aksi.

Nurul Izzah antaranya mendakwa, pengedaran komik itu berniat jahat "kelihatan seperti suatu kempen" bagi menjatuhkan reputasi dan kredibiliti Anwar

Dalam aduannya, Nurul Izzah berkata pengedaran komik tersebut adalah satu kesalahan mengikut seksyen 292 dan 499 Kanun Keseksaan.

"Pengedaran pamplet lucah adalah satu kesalahan di bawah seksyen 292(a) Kanun Keseksaan di mana mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjaara tiga tahun atau dikenakan denda, atau kedua-duanya.


Dalam laporan polis itu juga, Nurul Izzah mengesyaki komik tersebut dihantar melalui pos kepada lebih ramai lagi pengundi baru di kawasan parlimennya.

Ditanya selepas itu, bila dan bagaimana beliau mendapatkan komik tersebut, Nurul Izzah berkata, beliau menerimanya semalam daripada seorang pengundi baru.

Menjawab soalan, Nurul Izzah berkata, beliau tidak pasti berapa ramai pengundi yang menerima komik tersebut.

Tiada ulasan: