Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."
Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca."

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan BN makan rasuah."
Blogger ParpuKari- "Nenek melayu mati. Aku suka vodka."
Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"
Blog Melayu Umno - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."
Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"
Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."
Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."
Samy Vellu - "Pengayuh beca tak bayar tol dicari."
p/s Salahkan pemberita, salahkan sub editor, salahkan editor, salahkan semuanya TAPI DIRI MU...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan