Isnin, 15 Ogos 2011

Gantung Tugas Imam ~ Kerana Himpunan BERSIH 2.0



PAS akan membantu Hassan Md Said, imam masjid Kampung Ladang di Gelang Patah, Johor yang digantung dari 2 Ogos hingga 2 November kerana menyertai perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur 9 Julai lalu.

Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat berkata, pada peringkat awal PAS akan menghantar memorandum kepada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) untuk mendapatlkan penjelasan berhubung penggantungan tersebut.


“Jika penjelasan itu tidak memuaskan, kita akan membawa kes itu ke mahkamah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Suhaizan berkata, alasan utama MAIJ menggantung khidmat Hassan selama empat bulan kerana menyertai perhimpunan Bersih.


Imam 14 tahun

Hassan sudah menjadi imam di Kampung Ladang selama 14 tahun dan merupakan imam tunggal di kampung tersebut.

Exco Agama Johor, Zainal Abidin Osman tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan penjelasan berhubung penggantungan tugas Hassan.


Selain penggantungan sebagai imam tersebut, Hassan juga disekat dari mendapat surat tauliah sebagai Pegawai Amil Zakat Fitrah bagi penduduk Kampung Ladang biarpun lulus kedua-dua ujian saringan yang dijalankan.

Beliau ditangkap ketika memasuki bandar Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi iaitu sebelum himpunan bermula kira-kira jam 2 petang.

Tiada ulasan: