Selasa, 9 Ogos 2011

1 Bangunan : Tetapi 3 Masa Berbuka Yang Berbeza...


Salam...

Umat Islam yang tinggal di menara tertinggi di dunia, Burj Khalifa akan mengambil masa yang lebih lama sebelum boleh berbuka puasa bagi menghormati kesucian bulan Ramadan. He3, mesti ramai yang x tau lagi nie, jom kita baca fakta di bawah nie.



Mohammed al-Qubaisi, pemimpin tertinggi umat Islam di Dubai berkata, umat Islam yang menghuni dari tingkat 80 hingga tingkat 149 perlu menunggu selama dua minit lagi sebelum boleh berbuka puasa, manakala bagi mereka yang menghuni dari tingkat 150 dan ke atas pula akan memerlukan tambahan 3 minit lain.


Kewujudan perbezaan ini adalah disebabkan oleh matahari yang masih boleh dilihat di tingkat 80 pada ketika ianya sudah tidak kelihatan jika berada tingkat bawah. Menara yang berketinggian 828m itu mempunyai 160 tingkat yang sudah dihuni.


Rasanya ramai yang turun ke tingkat bawah bila nk berbuka nie, tapi mungkin ada jugak yang malas nak turun, ala beza 3 minit bukan lama pon, he3.

Tiada ulasan: