Isnin, 5 September 2011

RASHID MAIDIN ~ Al Fatehah

 Kalo korang nak interbiew waris Rashid Maidin, datang ler Sungai Itik Gopeng.

Rashid Maidin atau Rashid Mydin (10 Oktober 1917 - 1 September 2006) ialah pemimpin kanan Melayu dalam Parti Komunis Malaya.

Rashid dilahirkan di Kampung Gunung Mesah, Gopeng, Perak. Gunung Mesah terletak di tepi jalan utama antara Gopeng dengan Ipoh. Di sini ada perkampungan Melayu yang dipenuhi rumah-rumah papan dan ...sekarang bertukar kepada rumah batu separuh.

Isteri pertamanya, Hamidah binti Abdul Rashid, kini menetap di Gopeng.

Beliau juga dikatakan selalu mengunjungi adiknya di Kampung Sungai Itik, Simpang Pulai, Perak. Menurut sumber lisan daripada anak nya yang bernama Johan Ariffin, bapanya seorang yang kuat semangat dan tabah menempuh pancaroba. Dia merupakan seorang yang bijak dalam mengatur strategi dan mempunyai kebolehan yang baik dalam berpidato dan berhujah. 
Johan Ariffin pernah bertugas sebagai anggota dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Sehingga kini, Rashid maidin ada meninggalkan cucu yang bernama Azman dan Hasnur Hadi, seorang usahawan dalam bidang penternakan Lembu tenusu di Ayer Kuning, Perak di bawah Syarikat Megaternak Sdn. Bhd.

Tiada ulasan: