Ahad, 30 Oktober 2011

Imam Wang Jinyu dan Internet.


Di Wilayah Autonomi Hui Ningxia China, jumlah penduduk kaum Hui yang beragama Islam menduduki 36% daripada jumlah keseluruhan penduduknya. Di seluruh wilayah ini, terdapat lebih kurang 4,000 buah masjid dan jumlah imam yang berdaftar mencapai lebih 5,000 orang. 

Sempena hari raya Aidilfitri yang jatuh pada 31 Ogos tahun ini, pemberita CRI telah melawat bandar Wuzhong, Ningxia dan mewawancara Imam Wang Jinyu di Masjid Wunan.

Wang Jinyu kini berumur 38 tahun dan beliau menjadi imam sejak 16 tahun lalu. Datuk dan bapanya juga imam. Namun apabila memperkatakan tentang masa depan anaknya, yang masih belajar di sekolah menengah, Imam Wang mengatakan bahawa sama ada hendak berkhidmat dalam bidang keagamaan atau tidak, itu pilihan anaknya sendiri dan beliau akan menghormati pilihannya. 

Pada Mei tahun 2010, Imam Wang Jinyu dilantik sebagai Imam Besar di Masjid Wunan. Imam yang masih muda ini telah dua kali pergi ke Mekah untuk menunaikan fardu haji. Beliau juga mengetuai rombongan melawat ke Indonesia, Singapura dan negara-negara lain untuk pertukaran maklumat keagamaan. Sewaktu menunggu pemberita CRI, beliau sedang membaca tafsir kitab al-Quran edisi bahasa Farsi yang berusia 200 tahun. 

"Sebagai imam, saya perlu mengetahui bahasa Arab dan bahasa Farsi, serta berkhutbah dalam bahasa Mandarin. Kami biasanya berkhutbah dalam bahasa Mandarin dahulu, dan diikuti dengan bahasa Arab. Pada hari-hari kebesaran seperti Aidilfitri dan Aidiladha, kami berkhutbah dalam bahasa Arab sahaja." Kata Imam Wang.


Menurut beliau, selain menjalankan tugas di masjid, beliau juga memberi syarahan kepada lebih 80 orang tua yang tinggal di sekitar Masjid Wunan. 

"Terdapat banyak orang tua yang bersara menghabiskan waktu dengan sia-sia sahaja. Maka saya memberi syarahan setengah jam mengenai kesihatan, bahasa Mandarin dan moral kepada mereka supaya amalan hidup mereka lebih sihat dan bermakna." 

Setelah memberi syarahan kepada orang tua, Imam Wang juga memberi syarahan kepada lebih 100 orang muslimah. Imam Wang menyampaikan tafsiran kitab al-Quran serta pengetahuan tentang kesihatan kepada mereka. 

Oleh sebab purata taraf pendidikan di bandar Wuzhong kurang tinggi, maka syarahan Imam Wang kepada orang tua dan muslimah itu dianggap amat membantu untuk meningkatkan taraf pengetahuan mereka. 

Setelah menjalankan tugas yang amat sibuk sepanjang siang, Imam Wang kena membuat persiapan bagi khutbah untuk keesokan harinya. Beliau mengatakan bahawa, beliau melayari internet sekurang-kurangnya setengah jam untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. 

"Saya mula melayari internet tujuh tahun yang lalu. Tumpuan saya ialah berita dalam dan luar negara serta laman sesawang Islam supaya saya boleh berkhidmat dengan lebih baik untuk masyarakat Islam." 

Beliau memberitahu pemberita bahawa beliau tidur pada pukul 12.00 malam, dan bangun pada pukul 3.00 pagi untuk memulakan tugasnya. Walaupun kekurangan tidur, Imam Wang berbesar hati dapat berkhidmat lebih banyak masa untuk masyarakat Islam.

Adakah kerajaan kita begitu teruk?





Bagaimana anda rasa sebagai pembayar cukai jika seseorang memberitahu anda bahawa Kementerian Pertahanan (Kementah) membayar sebanyak RM7.55 bilion untuk membeli kereta perisai yang harga sebenar hanya seperempat dari jumlah itu?

Jika anda benar-benar tahu berapa nilai RM7.55 bilion (atau RM7,550 juta) itu, anda mungkin terperanjat dan sukar untuk mempercayai dan memekik: “Adakah kerajaan kita begitu teruk? Adakah mereka begitu berani?”


Jawapannya ialah ia; dan tirai drama mula dibuka di parlimen kita, tidak seperti di setengah-setengah laman web yang membuat dakwaan yang tidak berasas.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menyoal Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kenapa Kementah membayar harga yang sangat mahal, sebanyak RM7.8 bilion untuk 257 buah kereta perisai.

Zahid menjawab bahawa kementeriannya tidak tahu bahawa harganya RM7.8 bilion seperti mana yang didakwa oleh Pua dan harga kontrak muktamad ialah RM7.55 bilion.


Beliau juga menyatakan bahawa beliau tidak tahu menahu tentang urusniaga yang membolehkan pembekal mendapatkan kenderaan- kenderaan tersebut dari Turki pada harga seperempat dari harga yang dibayar oleh Kementah.

Namun penafian Zahid itu akhirnya terbongkar apabila Pua mendedahkan bahawa Zahid sendiri menyaksikan majlis menandatangani perjanjian urusniaga itu di Ankara, Turki pada bulan Februari lalu.


Perjanjian itu ditandatangani di antara syarikat pembekal Malaysia, Deftech dan pengeluar kenderaan pertahanan Turki FNSS, syarikat usahasama di antara BAE Systems Inc. dari United Kingdom dan Nurol Holding dari Turki.

Perjanjian ini dilaporkan dalam satu kenyataan akhbar bertarikh 3 Jun 2011 di laman web BAE System Inc. melibatkan kontrak bernilai USD559 juta yang diberi kepada FNSS untuk “merekabentuk, membangun dan mengeluarkan” sebanyak 257 DEFTECH AV-8 8X8 kereta perisai beroda dan Sokongan Logistik Berintergrasi untuk Angkatan Tentera Malaysia.


Kenderaan-kenderaan tentera yang diberi nama ‘DEFTECH’, sebenarnya direkabentuk oleh FNSS PARS 8X8, kenderaan serbaguna, pelbagai misi, kenderaan beroda lengkap dengan peralatan senjata.

Harga melambong

Ini bermakna Kerajaan Malaysia membayar Deftech sebanyak RM7.55 bilion (RM29.4 juta untuk sebuah), yang kemudian membayar FNSS sebanyak RM1.7 bilion untuk 257 buah kereta perisai itu (RM6.6 bilion sebuah).

Jika anda seorang pembayar cukai yang marah dengan ‘rompakan di siang hari’ melibatkan RM6 bilion dari dana awam, tunggu dulu sehingga anda mendengar harganya di pasaran, yang jauh lebih rendah dari yang ditawarkan oleh FNSS.


Pua dalam satu kenyataannya bertarikh 9 Mac 2011, dalam blognya melaporkan bahawa harga-harga berikut untuk kereta perisai yang setanding yang ditawar dan diurusniagakan dalam pasaran.


a) Pasukan tentera Portugal membayar RM4.4 juta sebuah untuk kereta perisai Pandur II 8X8 (EUR364 juta untuk 353 buah)

b) Model terbaru Pirahan III 8X8 kereta perisai beroda yang dikeluarkanoleh Swiss MOWAG GmBH bernilai RM3.9 juta (USD1.2 juta) untuk tiap-tiap sebuah.


Dengan harga-harga ini sebagai rujukan, adalah wajar untuk kita mengharapkan supaya Kementah membuat tawaran tender terbuka dan mencapai keputusan muktamad.

Kita boleh mengurangkan harga tidak melebihi RM4.5 juta dari RM30 juta untuk sebuah kenderaan pada ketika ini dan mengurangkan nilai kontrak kepada RM1.15 bilion dari RM7.55 bilion.


Ini bermakna kerajaan Barisan Nasional telah melambongkan harganya sebanyak enam hingga tujuh kali ganda mengikut dasar pembelian peralatan pertahanan yang sama sekali tidak bersifat telus dan bertanggungjawab.

Jumlah yang sebegitu tinggi amat memeranjatkan yang mungkin tidak pernah kita dengar walaupun dalam sebuah negara yang paling korup di dunia sekali pun.


Perbelanjaan yang menggila

Urusniaga ini adalah salah satu dari kes bagaimana Kementah membelanjakan wang berbilion ringgit untuk membeli bot peronda dan helikopter dengan harga yang begitu tinggi.

Sebagai contoh, Kementah membeli enam buah kapal peronda luar pantaidari Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd pada harga sebuah RM1 bilion (jumlah RM6 bilion).


Harga yang dibayar ini adalah lima kali ganda dari apa yang dibayar oleh Royal New Zealand Navy untuk pembelian OPV, diperolehi pada harga hanya RM210 juta sebuah (NZ$90 juta) dari syarikat kedua terbesar di dunia, BAE Systems.

Begitu juga dengan pembelian helikopter jenis Eurocopter EC725 pada harga RM190 juta setiap sebuah (RM2.3 bilion untuk 12 buah) manakala Brazil membeli helikopter jenis yang sama pada harga hanya RM82 juta sebuah.


Melihat kepada tiga kontrak ini sahaja – kereta perisai, kapal peronda dan helikopter – menyaksikan ketirisan sebanyak RM12 bilion ekoran transaksi Kementah ini.


Dengan wang sebanyak ini, kita boleh membina rumah kos rendah untuk 250,000 keluarga, menyediakan kemudahan perumahan kepada sejuta rakyat yang tidak mampu.

Dasar pembelian pihak pertahanan melibatkan rasuah yang begitu bermaharajalela sememangnya diketahui ramai di kalangan para pegawai dan eksekutif pertahanan antarabangsa seperti mana yang didedahkan oleh Wikileaks.


Wikileaks mendedahkan kabel dari Kedutaan Amerika Syarikat tentang rakaman perbualan di antara saudara mara dan rakan-rakan ahli-ahli politik ketika pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku perdana menteri dan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai timbalannya pada sekitar tahun 2004 hingga 2009.


Di samping mendedahkan jenis rasuah secara spesifik, kabel Amerika itu juga mendedahkan bahawa rasuah menjadi sumber pendapatan utama sebagai dana politik bagi mengekalkan kuasa pihak pemerintah.


Melihat dari perspektif yang lebih besar, ketirisan akibat tiga kontrak ini merupakan sebahagian kecil sahaha dari ketirisan-ketirisan yang berlaku dalam sistem pembelian kerajaan Barisan Nasional, sebagaimana didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Laporan-laporan tahunan seperti ini, yang mendedahkan amalan rasuah dan salah guna pengurusan (hingga ada yang sukar dipercayai) sering menjadi peringatan bahawa kita terperangkap dengan sistem tadbir urus yang buruk dan akibatnya akan terus menerus mengeringkan sumber dana negara.


Tetapi jika kita menyedari bahawa Laporan Ketua Audit itu adalah sebahagian kecil dari ketirisan yang berlaku setiap tahun, kerana ianya meliputi laporan sebahagian kecil sahaja dari jumlah ratusan jabatan-jabatan kerajaan yang ada maka tentu kita amat bimbang dengan keadaan ini.


Dan adakah perubahan terhadap institusi-institusi telah dan akan berlaku di bawah pimpinan politik sekarang?

Bekas editor majalah politik: Dua kali saya 'mati' untuk KDN

"Saya 'dibunuh' dua kali.  Kedua-dua kali 'kematian' saya adalah untuk Kementerian Dalam Negeri," demikianlah keluhan Joseph Seow, bekas Editor Special Weekly, ketika mengisahkan pengalaman bagaimana dirinya dilucutkan jawatan, dan dipecat setahun kemudian.

Joseph Seow mendakwa nasib yang menimpa dirinya berpunca daripada lawatan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein ke ibu pejabat Sin Chew Daily pada 16 Ogos 2010.  Menurut Joseph Seow, pihak atasan syarikatnya mengesahkan kepada dirinya, bahawa pelucutan jawatannya ada kaitan dengan campur tangan KDN.  Joseph Seow dimaklumkan bahawa beliau dilucutkan jawatan agar permit Special Weekly boleh diperbaharui.

Joseph Seow dilucutkan jawatan sebagai Editor Special Weekly pada Ogos 2010, disyaki berikutan kandungan yang disiarkan dalam majalah politik mingguan itu tidak menyenangkan KDN, termasuk satu kartun yang menyindir Perdana Menteri Najib Razak sebagai Mr.U-turn.  Beliau kemudian ditukar ke bahagian lain, bertanggungjawab untuk mengendalikan sebuah majalah yang mengutamakan iklan.

Bagaimanapun, beliau dipecat secara tiba-tiba pada 24 Oktober 2011, malah diarah untuk mengosongkan pejabatnya dalam masa 24 jam.  Ketika mengisahkan kejadian ini, Joseph Seow mengesyaki bahawa tindakan ini diambil terhadapnya kerana keterlanjuran dirinya dalam satu mesyuarat bersama pihak atasan syarikatnya.

Pelucutan jawatan yang memberi impak

Dalam satu sidang media pada hari ini, Joseph Seow berkata dirinya mengalami depression (kemurungan) selepas pelucutan jawatan setahun yang lalu.  Beliau menganggap dirinya diberi layanan yang dingin, kerana gagal memperkembangkan bakat dirinya dengan jawatan yang disandangnya sekarang.  Meskipun menghargai jasa majikannya untuk membayar kos perubatan psikologinya, namun beliau tetap tidak selesa dengan keadaannya sekarang.

Ketika dilucut dari jawatan Editor Special Weekly, beliau dimaklumkan bahawa dirinya telah dimasukkan dalam senarai hitam KDN.  Bagaimanapun, Josepn Seow (gambar kanan) dinasihatkan agar tidak membuat kenyataan kepada media internet, dan beliau dijanjikan bahawa beliau akan diberi jawatan yang setimpal dalam syarikatnya.  Special Weekly adalah salah satu majalah di bawah Media Chinese International Limited.

Meskipun menerima tawaran syarikatnya, tetapi kejadian ini telah memberi impak yang besar terhadap psikologinya.  Beliau tetap menganggap dirinya tidak bersalah dalam insiden tersebut.  Beliau merasai dirinya dipinggirkan selepas bertukar jawatan.  Melihat keadaannya sebegini, doktornya menasihat agar dirinya berunding dengan majikannya, mencari jalan penyelesaian yang baru.

Surat guaman kepada Hishammuddin Hussein

Namun, tanpa disedari, beliau terlanjur kata dalam rundingan tersebut.  Beliau berkata kepada Ketua Pengarang Media Chinese International Limited, Siew Nyoke Chow, "Sampai bilakah saya diberi layanan dingin ini?  Saya mengalami depression, saya sangat tidak selesa.  Layanan dingin kamu membuat saya sangat menderita.  Saya tidak tahu, mungkin satu hari saya gagal menahan untuk menghantar satu surat guaman kepada Hishammuddin Hussein."

Joseph Seow menganggap Hishammuddin Hussein (gambar kiri) adalah pencetus kepada segala-gala ini, meskipun Siew Nyoke Chow membalas bahawa Joseph tidak akan berjaya untuk menyaman Hishammuddin.  Joseph menjelaskan, soalnya bukan berjaya atau tidak, tetapi untuk memberitahu Hishammuddin apa yang berlaku sebenarnya, dengan mesej "jangan paksa saya dengan cara sebegitu".

Joseph Seow tidak perasan apa yang tidak kena dengan kata-katanya itu, sehingga diberitahu seorang atasan, bahawa dirinya terlanjur ketika berunding dengan Siew Nyoke Chow.  Kata-katanya itu telah ditafsir sebagai "seandainya Joseph menghantar surat guaman kepada Hishammuddin atas kapisiti seorang kakitangan Media Chinese International Limited, maka ia mungkin tidak menyenangkan buat pihak majikan."

Justeru Seow itu, beliau mengesyaki bahawa ini puncanya yang menjurus kepada pemecatan dirinya secara tiba-tiba pada 24 Oktober 2011.  "Dengan kata lain, kedua-dua 'kematian' saya adalah untuk Kementerian Dalam Negeri.  'Kematian' pertama adalah pelucutan jawatan saya untuk memuaskan KDN, dan kematian kedua adalah supaya KDN tidak dikejutkan dengan apa yang telah berlaku," katanya.

Joseph Seow yang mengalami depression mengesal, kerana seandai dirinya tampil ke depan pada kali pertama beliau dilucutkan jawatan, maka beliau mungkin "tersinggung" untuk hanya sekali, dan barangkali sembuh selepas setahun.  Namun, pakar psikologinya memberitahu, beliau kini memasuki peringkat depression kedua yang lebih dahsyat lantaran daripada pemecatan ini.

"Saya tidak buat pilihan sedemikian (tampil ke depan) ketika itu.  Akhirnya, saya perlu berdepan dengan tamparan yang lebih besar pada hari ini.  Pertukaran jawatan (selepas pelucutan jawatan) masih ada harapan... Mungkin satu peluang.  Justeru itu, meskipun sedih ketika dilucut jawatan kali pertama, tapi saya masih berharapan.  Namun, hari ini saya dipecat.  Salah seorang kawan saya berkata, ini peristiwa yang pedih.  Syarikat saya zalim, dengan cara yang sebegitu kasar...," katanya.


*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina.  Disedut, diterjemah dan disunting dari teks asal.

Editor dilucut, penjual buku disiasat kerana Kartun

Chen Shaua Fui, Lim Hong Siang



Kartun kini bukan sekadar bahan jenaka yang mengukir senyuman, tetapi bakal memberi impak besar apabila menyebabkan pelucutan jawatan seorang editor majalah mingguan, dan siasatan polis terhadap seorang penjual buku di bawah Akta Hasutan 1948.

Joseph Seow, Editor Special Weekly telah dilucutkan jawatannya semalam, berikutan kandungan yang tersiar dalam majalah mingguan bahasa Cina itu tidak menyenangkan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).  Antaranya, kartun yang menyindir Perdana Menteri Najib Razak sebagai "Mr.U-Turn".

Hawee binti Osman pula, seorang penjual buku di Segamat, Johor, telah dipanggil polis Ibu Pejabat Daerah Segamat untuk memberi keterangan sebagai saksi, di bawah Akta Hasutan 1948.  Ia berpunca daripada majalah kartun kelolaan Zunar, Sumpah Di Bumi Komisyen, yang dirampas polis pada Mei 2010, di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Hawee berkata beliau turut bertanya kepada polis mengapa beliau disiasat di bawah Akta Hasutan, sedangkan rampasan buku dijalankan di bawah Akta Mesin Cetak.  Pertanyaan Hawee sekadar dibalas polis dengan "itu arahan (untuk siasat di bawah Akta Hasutan)".

"Mereka tanya dari siapa saya dapat buku ini (Sumpah Di Bumi Komisyen), rangkaiannya, dan sebagainya," kata Hawee kepada MerdekaReview.

Kartun sindir Najib sebagai Mr.U-turn

Sementara itu, menurut sumber maklumat, pihak majikan memberitahu Joseph Seow bahawa beliau telah dimasukkan ke dalam senarai hitam oleh KDN.  Justeru itu, jawatan editornya terpaksa dilucutkan, dengan hanya mengekalkan jawatan sebagai staf biasa.

Sepanjang tempoh hampir dua tahun Joseph Seow menyandang jawatan Editor ini, beliau kerap menerima surat dari Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, mengadu kandungan yang disiarkan dalam Special Weekly.  Antaranya, kolum OuYoung Wen Feng dan kartun yang dilukis dengan nama samaran "anak telefon".

Sebelum ini, kolum Ou Young menggunakan gambar poster filem "Happy Together" (bertemakan homoseksual), yang diarahkan oleh Wong Kar-Wai, lantas mengundang "malapetaka" kepada majalah tersebut.  Apa yang menarik, pegawai KDN turut menyerbu ke kedai buku, Kinokuniya di KLCC baru-baru ini untuk merampas buku Body to Body.

Selain itu, sumber maklumat berkata, kartun yang dilukis "anak telefon" bakal digugurkan dari majalah tersebut mulai 10 Ogos 2010.  Keadaan ini berlaku kerana aduan bahawa karyanya agak "sensitif", misalnya salah satu karya kartun pernah menyindir Perdana Menteri Najib Razak sebagai Mr.U-Turn, yang mencungkil kemarahan pihak KDN.

Bagaimanapun, sejak 13 Julai 2009, penerbitnya, Life Publishers Berhad telah melantik Ketua Pengarang New Life Post (satu lagi majalah di bawah Life Publishers) untuk merangkap jawatan Ketua Pengarang di Special Weekly.  Dengan kata lain, dengan tiba-tiba Joseph Seow mempunyai seorang supervisor yang lebih tinggi pangkat daripadanya, lantas ditafsirkan sebagai "dirinya telah diturunkan pangkat".  Sebagaimana yang diketahui, tugas utama Ketua Pengarang adalah menapis kandungan Special Weekly yang dianggap "sensitif".

Bagaimanapun, sumber maklumat berkata, dalang di sebalik pelucutan jawatan Joseph Seow kekal menjadi misteri.  Menurut sumber, meskipun KDN tidak berpuas hati dengan Joseph, tetapi tidak memberi isyarat jelas untuk melucutkan jawatannya.  Maka, ada yang mengesyaki bahawa pemilik majalah Special Weekly, Media Chinese International Limited yang cuba mengambil kesempatan ini untuk melucutkan jawatan Joseph Seow.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Melayu; Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Cina. Disunting dan diterjemah dari tulisan asal.

Karpal: Crimes will rise under hudud laws

Criminals would prefer hudud laws because it will be impossible for the prosecution to prove its case without four witnesses, argues the DAP national chairman. 


(Free Malaysia Today) - Hudud laws will boost, and not deter, crimes because of the high standard of proof that would impede the prosecution from establishing its case, DAP national chairman Karpal Singh said here today.

He said the rigid requirement to have four witnesses under hudud laws meant that the case must be proven with certainty.

He said this was contrary to the current criminal legal system which only required the prosecution to prove a case beyond reasonable doubt.

Moreover, he added that under the hudud legal system, the four witnesses must be upright and good practising Muslims.

He said the prosecution would face a thorny task to produce four such witnesses to prove cases like adultery, zina, and khalwat or close proximity.

“Criminals would prefer hudud laws because it will be impossible for the prosecution to prove its case.

“Hudud will indeed set criminals to roam freely and crime will increase,” Karpal told reporters during his visit to his Bukit Gelugor parliamentary constituency.

Currently, the country is being governed by uniformed criminal laws for all enacted by Parliament.

The state governments, however, have the power to enact Muslim family or personal syariah laws.

Karpal brushed aside suggestions that hudud laws were God-made laws to deter crime and instill fear in the people, describing it as “a misconception”.

Referring to global human rights watchdog Amnesty International’s declaration that the death penalty was cruel and unjust punishment, he questioned the severity of amputating legs and arms under hudud laws.

“Hudud laws have no place in the country’s legal system,” he added.

He was commenting on Kelantan state executive councillor Mohd Amar Nik Abdullah’s call for the criminal laws to be made as severe as hudud laws to deter crime.

Amar is deputy chairman of the state technical committee studying hudud enactments and the Kelantan government official spokesman on hudud issues.

Yob ~ Karpal Singh patut belajar hukum hudud dan bandingkan dengan hukum konvensional. Siapa sanggup sekolahkan benggali ni?

Link : BACA SINI