Khamis, 1 September 2011

LEMANG PERIOK KERA

Komer peronah makan Lemang Periok Kera..?

Menu yang istimewa, makanan tradisional yang terkenal iaitu Lemang Periuk Kera. Ia boleh dimakan sebagai sarapan atau alas perut. Ia sedap dimakan bersama rendang daging atau ayam
 
 Selalunya makanan istimewa ini akan ditempah dahulu kerana terpaksa masuk ke dalam hutan untuk mencari periuk kera yang sesuai. Periuk kera yang sesuai ialah periuk kera betina kerana ia berbentuk mangkuk, kecil dan senang diuruskan ketika menyediakan pulut dan juga mengukusnya.

 
Lemang yang telah dibuka. Rasa pulutnya lembut dan santannya rata.
 
Periuk kera jantan dan betina (betina diisi dengan lemang)



Periuk kera betina yang comel...

Tiada ulasan: