Isnin, 19 September 2011

DR MIOR KETUA AMK NEGERI PERAK YANG TIDAK SENSITIF

Salam Solidaritas...


Minggu lepas kekawan Chegu Alias Zainun (Ketua Cabang PKR Padang Rengas) datang beraya dirumah Yob. Selain bertukar khabar, Yob dikejutkan dengan kes penculikan yang menimpa Chegu Alias ini.


Ya, Yob kenal Chegu Alias. Tak banyak cakap tapi murah dengan senyuman. Alhamdulillah Chegu Alias telah dibebaskan oleh penculik, namun kehilangan kereta Merc dan wang tunai RM3500.


Namun apa yang dikesalkan, Ketua AMK Perak dan merangkap Ketua AMK Padang Rengas iaitu Dr Mior langsung tidak SMS, TALIPON atau BERJUMPA ketuanya Chegu Alias Zainun dan bertanya khabar.


Inilah rungutan dan kekesalan ahli PKR Padang Rengas kepada Yob. Baru setahun menjadi ahli PKR dan dilantik sebagai Ketua AMK Padang Rengas, dan kemudiannya dilantik sebagai Ketua AMK Perak, Dr Mior langsung tidak sensitif dengan musibah yang menimpa ketuanya.


Bagaimana nak jaga rakyat kalau begini sikap seorang pemimpin muda AMK Perak? 

Patutkah kita memberi sokong kepada Dr Mior jika dia bertanding pada PRU 13 nanti? 

Tepuk dada tanya selera...


Tulis salah tak tulis pun salah.



-------------------------------------------------------------------------------

Detik cemas cikgu Alias ketika diculik


“Saya diacu pistol di leher dan kepala selain dikenakan renjatan elektrik hampir seluruh badan sepanjang diculik dan dikurung selama hampir 12 jam,” kata Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Padang Rengas, Alias Zenon, 73, sebaik dibebaskan sekumpulan penculik awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian petang Jumaat lalu, Alias yang juga ahli perniagaan diculik sekumpulan lelaki bersenjata pistol di hadapan kediamannya di Batu 16, Paya Panjang, Padang Rengas, di sini, ketika pulang makan tengah hari.

Bagaimanapun, dia dibebaskan lelaki berkenaan kira-kira jam 2 pagi kelmarin sebelum ditinggalkan berhampiran Plaza Tol Changkat Jering.

Menceritakan detik cemas itu, Alias berkata, dia tidak mampu melawan apabila dua lelaki mengacukan pistol di kepalanya sebaik diculik di hadapan rumahnya petang Jumaat lalu.
Beliau berkata, baju dan seluar yang dipakainya koyak rabak akibat renjatan elektrik itu malah, dia turut mengalami lebam di beberapa bahagian badan akibat dipukul.

mmetro

Tiada ulasan: