Ahad, 25 September 2011

PERAK KITE : Calon kerusi Parlimen Grik mungkin ditukar.


Barisan Nasional Perak mungkin akan menukarkan calon dari parti komponen lain untuk kerusi Parlimen Grik menjelang pilihanraya akan datang.

“Kita perlu menerima hakikat bahawa ada tempat-tempat tertentu yang memerlukan pengubahsuaian tetapi tidak menjejaskan dari segi pembahagian”

Demikian komen Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir ketika mengulas mengenai isu berkaitan pembahagian kerusi bagi setiap parti komponen BN menjelang pilihanraya akan datang.

Menurut beliau lagi, apa yang lebih penting adalah persefahaman sesama ahli parti kerana ia merupakan faktor kekukuhan BN di masa akan datang.

Zambry menambah,soal pertukaran kerusi calon sememangnya menjadi amalan biasa BN namun ia dilihat bukanlah satu masalah besar.

“Jadi kerusi itu kita boleh ubah-ubah… tidak ada masalah dalam BN seperti yang kita lihat dalam setiap kali pilihanraya diadakan.

“Sebagai contoh pilihanraya sebelum ini untuk kerusi parlimen Grik… tidak pernah parti lain bertanding tetapi parti dari Gerakan bertanding dan bukan UMNO jadi ia tidak ada masalah pun.

“Jadi untuk pilihanraya akan datang pun kita akan lihat perkara yang sama cuma untuk parlimen itu kita lihat tidak ada kesesuaian lagi.

Malah tambah Zambry, pihak parti Gerakan juga telah menyuarakan pendapat untuk meletakkan calon mereka dikawasan lain.

P/S Yerr ke ni..? Ator miker labon mak amin jer..? Warghkahkahkah!

Tiada ulasan: