Rabu, 31 Ogos 2011

Pembohongan TAWARIKH ciptaan UMNO/BRITISH



Sejarah adalah peristiwa lampau yang memberi pengajaran untuk generasi mendatang. Jika sejarah itu disonsangkan dan diselewengkan, kita bakal "di maki hamun" bahkan mungkin kubur kita bakal "di kencingkan" oleh generasi mendatang!

Tahun 70an, buku Tawarikh(Sejarah) sekolah rendah ada menceritakan tentang Kamal Artatturk. Beliau digambarkan sebagai seorang yang membawa perubahan moden kepada Turki. Digambarkan juga bagaimana beliau "menghapuskan kejumudan" orang Turki seperti mengharamkan tudung untuk wanita Turki dan meperkenalkan topi menggantikan kopiah. Manakala Sultan Abd Hamid dan Kerajaan Uthmaniyyah sebagai Kerajaan zalim dan mundur.
Begitu berkesan cara pengajaran sejarah ketika itu hinggakan pelajar Islam Malaysia menganggap Kamal Artatturk perwira Islam Turki.

Kisah Kamal Artatturk itu diceritakan dalam Buku Tawarikh(Sejarah) di sekolah-sekolah dalam negara kita dalam keadaan kita sudah merdeka.

Tidak dapat digambarkan bagaimanakah kisah-kisah Haji Abd Rahman Limbong, Tok Janggut, Mat Kilau, Dato Bahaman, Antanom dan Dato Maharaja Lela dikisahkan dalam buku sejarah semasa penjajahan Inggeris. Sudah pasti mereka semua dilabelkan sebagai penderhaka kepada raja, pengganas, pembunuh dan penentang kerajaan.

Awal tahun 80an, barulah kisah mereka semua "dipulihkan" dalam buku Sejarah sekolah setelah puluhan tahun perjuangan mereka di hina dan "di kaburkan" oleh kita sendiri.

Terkini, terbongkar satu lagi penyelewengan sejarah. Kisah Sir Henry Gurney. Pesuruhjaya British ( jawatan macam PM)di Tanah Melayu tahun 1948 hingga 1951. Digambarkan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, beliau seorang yang berjaya mengekang pengaruh komunis di Tanah Melayu. Jasanya besar untuk Tanah Melayu kononnya. Akhirnya beliau dibunuh oleh PKM semasa dalam perjalanan ke Bukit Frasier.

Ramai tidak menyedari perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British ke sini kerana kerjanya yang hebat di Palestin selama 2 tahun (1946-1948). Apa kerjanya? Membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah dan menghalau dan membunuh rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri.

Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin.

Ingat! Peristiwa Dier Yasin ( Mei 1948)yang meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin berlaku ketika Henry Gurney masih berada di bumi Palestin. Beliau datang ke Tanah Melayu Oktober 1948.

Malangnya, nama beliau di sanjung di sini. Jalan dan sekolah diabadikan nama Henry Gurney. Bahkan tempat beliau dibunuh pun diberi papantanda. Tololkah kita?

Apakah jasa beliau di sini? Ingat! Beliau dibunuh dalam keadaan menjadi Ketua Penjajah! Dalam keadaan tangannya berlumuran darah rakyat Palestin!

Saya berharap pada guru Sejarah seluruh negara yang mengajar Sejarah Tingkatan 3 agar jangan lupa untuk ceritakan kisah sebenar sejarah Henry Gurney kepada anak murid mereka. Moga mereka tahu kisah sebenar Sir Henry Gurney.



TERIMA KASEH KEPADA SAUDARA AZAM

Propaganda KOTOR UMNO


Propaganda KOTOR UMNO yang ketandusan idea ~


* Logikkah di Malaysia yang majoritinya orang Melayu dan beragama Islam untuk mengatakan  DAP sebagai sebuah parti dengan jumlah keahlian kecil begitu berani dan bijak hingga mahu menukar agama orang-orang Melayu menjadi Kristian? Adakah ini cita-cita utama DAP yang terkenal sebagai parti demokrasi sekular?


* Logikkah DAP sebagai parti demokrasi sekular mahu menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian?


* Logikkah DAP sebagai parti demokrasi sosial yang menerima pasaran bebas dengan pemantauan kerajaan bagi memastikan pekerja dan rakyat sentiasa dilindungi, ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara komunis? Di mana logik DAP yang menentang komunisme yang anti-kebebasan dan anti-perniagaan mahu mewujudkan sistem yang ditentangnya sendiri?


* Logikkkah DAP dituduh cauvinis, perkauman dan mementingkan satu kaum sedangkan DAP adalah parti pelbagai kaum dan anti-perkauman? Sedangkan yang sering membuat fitnah itu datangnya dari parti yang hanya mementingkan satu kaum, mahu kepada ketuanan kaum.


Jika pembuat fitnah itu semua mahu menjadi propagandis yang berjaya, dicadangkan mereka meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit sehari untuk membaca buku-buku yang diiktiraf dunia supaya mereka lebih faham apa itu idea sekular, demokrasi sekular, demokrasi sosial, negara Islam, negara Kristian, komunis dan komunisme, serta makna sebenar cauvinis dan perkauman.


Apakah mereka lupa bahawa PAP pimpinan Lee Kuan Yew (yang mana PAP sering dikaitkan dengan DAP) telah bersekongkol dengan UMNO yang diterajui oleh Tunku Abdul Rahman untuk menghancurkan gerakan komunis di Malaya dan Singapura dahulu?


Bawa-bawalah beristighfar, ada banyak lagi perkara yang penting ingin DAP dan Pakatan Rakyat lakukan di Malaysia ini. Memperbaiki pentadbiran negara, memulihkan dasar ekonomi, menyuburkan demokrasi dan kebebasan serta memastikan pelaksanaan keadilan menjadi keutamaan DAP, PAS dan PKR.


Janganlah kerana tidak mampu untuk lakukan ini semua, dicari jalan mudah dengan menabur fitnah yang akan memberi kesan buruk kepada masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini. Apa guna mendapat kuasa jika rakyat hidup melarat, benci-membenci, malah bunuh-membunuh antara satu sama lain?


Hentikanlah kerja-kerja fitnah terutamanya jika pemfitnah itu mengaku diri manusia beragama. Semua orang sudah beragama, apa perlu sibuk-sibuk hendak menukar agama orang lain. Membuka hati itu bukan kerja manusia. Hanya Tuhan yang menentukan. 

Apa itu propaganda

Pada hakikatnya, propaganda adalah satu manifestasi kerja memanipulasi data atau fakta, baik nombor, ayat, frasa atau gerak-geri pelaku yang ianya digunakan untuk mempengaruhi sokongan umum menerusi persepsi.

Ia dilakukan secara sistematik dengan koordinasi yang cekap dan dengan penglibatan banyak pihak, baik secara profesional atau pun tidak. Matlamatnya ialah untuk terus kekal berkuasa atau mendapatkan kuasa.

Kerja memanipulasi data adalah kerja orang bijak pandai dan pakar dalam bidang tertentu, baik politik, sosial atau ekonomi. Manipulator atau propagandis bukan orang yang tidak bijak, mereka ini rajin membaca, mahir menganalisa dan faham tentang ramalan atau jangkaan kepada sesuatu tindakan.

Ini bermakna propaganda bukan kerja seorang pengampu yang gila glamor atau contract junkies atau pemfitnah yang jahil dalam segala ilmu pengetahuan.

Di Malaysia, inilah jenis propaganda yang menjadi pilihan UMNO-BN yang sengaja memilih untuk menjadi pemfitnah. Kerja menfitnah ini amat mudah berbanding kerja seorang propagandis terlatih yang wajib membaca dan menganalisa sesuatu bahan dengan mendalam.

Kerja menfitnah hanya memerlukan niat dan kreativiti untuk menyalin, menyunting, menampal dan menuduh seseorang secara sembrono. Kemudian, hasil kreativiti yang tidak lengkap ini akan digembar-gemburkan menerusi imej-imej panas atau sensasi di media mereka.

Memang dalam jangka pendek, fitnah busuk ini mungkin berjaya. Tetapi setelah kekal berkuasa atau mendapat kuasa melalui fitnah, pemerintah akan berhadapan dengan masalah sentimen dan kemarahan rakyat yang telah mereka api-apikan.

Lihat sahaja apa yang telah dan sedang berlaku di bumi Arab sekarang. Kenang semula apa yang berlaku di Soviet Union dan negara-negara satelit komunis pada zaman kejatuhan komunisme. Semua ini bencana fitnah sebagai propaganda.

Media Fitnah

Sebagai ejen propaganda, media massa seperti lidah rasmi UMNO, iaitu Utusan Malaysia atau media milik rakyat yang dikongkong oleh kerajaan Barisan Nasional, iaitu RTM dan media kawalan BN seperti Media Prima yang menguasai TV3, Berita Harian dan New Straits Times, kerja mereka adalah memanipulasi berita atau maklumat bagi tujuan laba politik.
Dengan menyamar sebagai media massa yang mana lessen penerbitan ditentukan oleh UMNO-BN,  memang itulah kerja-kerja politik versi 1Malaysia.


Walau pun definisi propaganda itu adalah usaha memujuk orang ramai menyokong sesuatu pihak, bentuk propaganda yang dipilih oleh versi 1Malaysia ini hanya ada sejenis, iaitu fitnah.



Apakah Onn Jaafar nasionalis? Apakah Tunku nasionalis?


DARI JELEBU
Hishamuddin Rais



Apakah Onn Jaafar nasionalis? Apakah Tunku nasionalis?


Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. 


Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar ‘... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....’ Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar.


Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA.


United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen.


Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. 


Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka.


Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Bongak. Ini bohong. 


Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. 


Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British merekaTIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli.


Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Burhanuddin al-Helmi. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob.

KEMERDEKAAN, RUKUN NEGARA & WS RENDRA



                                                                        “Sajak 1990″
Setelah para cukong berkomplot dengan para tiran.
Setelah hak azasi di negera miskin ditekan demi kejayaan negara maju .
Bagaimanakah wajah kemanusiaan .
Dijalan orang dibius keajaiban iklan.
Dirumah ia tegang , marah dan berdusta .
Impian mengganti perencanaan .
Penataran mengganti penyadaran.
Kota metropolitan di dunia ketiga adalah nadi dari jantung negara maju.
Nadi yang akan mengidap kanker yang akan membunuh daya hidup desa-desa.
Dan akhirnya tanpa bisa dikuasai lagi , menjadi jahat , hina dan berbahaya .
Itulah penumpukan yang tanpa peredaran .
Tanpa hak azasi tak ada kepastian kehidupan.
Orang hanya bisa digerakkan tapi kehilangan daya geraknya sendiri .
Ia hanyalah babi ternak yang asing terhadap hidupnya sendiri.
Rakyat menjadi bodoh tanpa opini .


Disekolah murid diajar menghapal berdengung seperti lebah
lalu akhirnya menjadi sarjana menganggur .
Dirumah ibadah orang nerocos menghapal dan dikampung menjadi
pembenci yang tangkas membunuh dan membakar.
Para birokrat sakit tekanan darah sibuk menghapal dan menjadi radio.
Kenapa pembangunan tidak berarti kemajuan ?
Kenapa kekayaan satu negara membuahkan kemiskinan kepada rakyatnya
Peradaban penumpukan tak bisa dipertahankan , lihatlah
Kemacetan , Polusi dan Erosi .
Apa artinya tumpukan kekuasaan bila hidupmu penuh curiga dan takut diburu dendam . Apa artinya tumpukan kekayaan bila bila bau busuk kemiskinan menerobos jendela kamar tidurmu . Isolasi hanya melahirkan kesendirian tanpa keheningan .
Luka orang lain adalah lukamu juga !
Sedangkan peradaban peredaran tak bisa dibina tanpa berlakunya hak azasi manusia .
Apa artinya kekayaan alam tanpa keunggulan daya manusianya ?
Bagaimana bisa digalang daya manusia tanpa dibangkitkan kesadarannya akan kedaulatan pribadi terhadap alam dan sesamanya ?
Wajah-wajah capek membayang di air selokan.
Dan juga di cangkir kopi para cukong.
Bau kumuh dari mimpi yang kumal menyebar di lorong-lorong pelacuran dan juga dibursa saham .
Sungguh apa faedahnya kamu jaya di alam kehidupan bila pada akhirnya kamu takut mati karena batinmu telah lama kau hina .

MERDEKA? UNTOK SIAPA?

♪ Siapakah diantara kita 
♪ Dengan rela menjadi pendusta 
Siapakah dulu membina harapan 
♪ Dan siapa yang memusnahkan impian 


Kita diasuh berpuluh tahun untuk mempercayai bahawa Umno lah yangbertanggungjawab untuk kemerdekaan negara, dan  kita mesti bersyukur dan berterima kasih selama lamanya . Dengan berunding dengan British, Umno memperoleh kemerdekaan tanpa menumpahkan setitik darah.

Tanpa menumpahkan setitik darah?



Bagaimana dengan komunis yang menentang Jepun dan British? Kita mungkin tidak sealiran dengan ideologi mereka, tetapi apa sebabnya perjuangan mereka menentang kolonialisma tidak  diiktiraf?

Bagaimana pula dengan perjuangan parti Melayu yang lainPKMM? Mereka yang bertentangan dengan Umno sangat anti-British & berhaluan kiri, yang dinyatakan didalam buku-buku sejarah kita sebagai 'radikal'. Sebenarnya merekalah yang memulakan laungan perjuangan 'Merdeka!'.

Ahli-ahli mereka ditangkap & dipenjara oleh British yang melihat mereka sebagai satu ancaman, lebih suka berbual dengan rakan-rakan mereka yang pro British, iaitu - Umno.



Sumbangan semua kumpulan-kumpulan yang berhaluan kiri dan menggunakan cara yang berlainan untuk melawan British telah dipadamkan atau dikurangkan kepada beberapa ayat dalam buku teks. Jadi, kita hanya mengetahui bahawa kemerdekaan kita telah disampaikan diatas dulang perak.

Sejarah kita diputarbelitkan ... Sudah tibakah masanya kita mengiktiraf wira wira Tanpa Nama ini..?

Jika anda mempunyai masa, tontonlah dokumentari ini, "10 Tahun sebelum Merdeka", bahagian 1 hingga 4. Selamat menonton...





p/s Berdosakah aku, tidak patriotikkah aku,  jika tidak mengibar Jalur Gemilang..?

Selasa, 30 Ogos 2011

Bukit Kepong : UMNO SPIN FAKTA ...

Inilah ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang dikatakan 'menghina pejuang negara oleh lidah Umno DAN Utusan Meloya.

Pejuang negara yang dimaksudkan adalah mereka yang bertugas dengan penjajah British semasa Tanah Melayu kembali dikuasai oleh mereka setelah Jepun menyerah kalah akibat serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada 6 dan 9 Ogos 1945.

Mereka terbunuh akibat serangan sekumpulan Komunis yang memperjuangkan kemerdekaan negara pada ketika itu dan diketuai oleh Muhammad Indera.

 Sedikit fakta untuk dikongsi bersama.

Serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong telah berlaku pada 23 Februari 1950 iaitu tujuh tahun sebelum negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Harus diingat, keseluruhan anggota Polis yang diserang pada ketika itu adalah mereka yang berkhidmat atau melafazkan taat setia kepada British dan Queen Elizabeth, bukannya taat kepada Tanah Melayu dan Yang di-Pertuan Agong.

Jadi siapa sebenarnya yang mempertahankan Tanah Melayu dan Raja-Raja Melayu kalau bukan pejuang kemerdekaan yang dinafikan hak dari segi sejarah dan fakta?

Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman ATAU Muhammad Indera dan Abdullah CD??



p/s Apakah Buku Sejarah akan dipinda semula?

18SX : Kerang kote..

Salam Aidil Fitri, maaf zahir and batin..


Nak Yob kongsi, kang ada mamat kata Yob otak kuning, tak kongsi kang, dorang ni jadi katak bawah tempurong. Tapi demi follower blog Yob, rasanya korang ni berhak kongsi dengan maklumat yang Yob dapat sebagai ilmu tambahan. Teruskan membaca ye...


As part of the educational program, "I know the world, not taking his ass from his chair," I want to introduce you to this thing here. No, it's not wild yuh, this clam digging or Guidak (Latin Panopea abrupta) 



Geodak (geoduck), also known as Panopea abrupta or Panope generosa - a large clam species, also known as the king clam or shellfish "elephant's trunk." This is the biggest clam in the world. In length it reaches 15 to 20 cm and weighs in at the same time from 0.5 to 1.5 kg.Rumor has it that there are some that reach and 7kg. His life may be envied even the oldest inhabitant of the planet. After all, it is as much as 146 years, and found the oldest specimens attributed to 160 years! Probably because he was terribly quirky and well able to hide. Well, plus a healthy food - he eats only plankton.



And he breathes like this


It consists of two parts - a small fragile shell (20 cm) and one "leg", which is a very long fused siphons, which is 4-5 times larger than the shell.




Name geoduck ("gweduck") borrowed from the Indians niskualey. It translates as "digging deep". These clams are dug to a depth of 1 meter, and sit there for almost his entire life. Get them easy. This is a fairly time-consuming and dirty work, so this clam is a lot of money - U.S. $ 200-300.





Guidak usual in the U.S. west coast. The only predators that can inflict damage to mollusc, are small sharks and sea otters that can extract it from the ground, and sea stars that are being attacked on the ground surface trap. And, well, man, of course.


Multiply these clams also slightly unusual way. They have external fertilization. Females emit into the water the eggs and the males - fertilizing liquid. Since the female emits a century to 5,000,000,000 eggs.


Clam Meat pretty tough. Sometimes it is cooked in the U.S., but the main consumers of guidaka - Japanese and Chinese. In Japan guidaka called 'Murugan' and eaten raw (as sashimi)


About the game who guidak more science is not known.





Here's how it looks on the plate


That's grown on an industrial scale


But so are preparing ...



Isnin, 29 Ogos 2011

Hati hati bila beli KARPET..

Zoom corak atas karpet

 

Erotikofraktalizatsiya carpets (4 photos)

Erotikofraktalizatsiya carpets (4 photos)

Erotikofraktalizatsiya carpets (4 photos)

Erotikofraktalizatsiya carpets (4 photos)

UMNO PINGGIR MCA.. (sedih ooo..!)

MCA pada satu mesyuarat tertutup dengan pegawai diplomat Amerika
Syarikat mengakui bahawa masyarakat Cina di negara ini turut
dipinggirkan tetapi tidak boleh mendedahkannya kerana terikat untuk
menyokong kerajaan, khususnya Umno yang memerintah negara.

Menurut pendedahan oleh Wikileaks, kabel rahsia antara Washington dan
kedutaannya di Kuala Lumpur, memperincikan mesyuarat pejabat politik
kedutaan itu dengan naib presiden MCA, ketika itu, Datuk Seri Ong Tee
Keat.

Kabel yang bertarikh 19 Oktober 2006 itu didedahkan bulan ini.

"Sudah tentu kami dipinggirkan, dari perniagaan yang besar kepada
pemilik gerai kecil, semuanya tahu - tetapi MCA tidak boleh
mengakuinya," beliau dipetik memberitahu diplomat Amerika.

Ong yang kemudian dilantik menjadi presiden MCA sebelum disingkirkan
oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, mengikut kabel berkenaan, berkata
parti itu terpaksa berdiam diri walaupun rata-rata masyarakat Cina
cukup tidak berpuas hati.

Ong juga dipetik sebagai berkata bahawa "berdiam diri kadang-kadang
adalah jawapan sah yang mampu diberikan” sebagai reaksi kepada rasa
tidak puas hati masyarakat Cina terhadap MCA dan Gerakan yang
menyokong kerajaan.

Kabel itu memperincikan rungutan bekas Presiden MCA bahawa parti itu
sebelum ini boleh mendapat "saki-baki" projek-projek pembangunan Umno
tetapi kini terpaksa bergantung kepada ehsan dan cebisan sisa daripada
rakan kongsinya yang dominan itu.

"Dulu, MCA pernah n mendapat saki-baki, tetapi sekarang kita hanya
berharap mendapatkan cebisan sisa daripada Umno," kata Ong seperti
laporan kabel itu.

Antara contoh yang diberikan ialah dalam Rancangan Malaysia Kesembilan
di mana tiada satu pun daripada 180 sekolah yang dirancang itu adalah
sekolah vernakular dan hanya dua diberikan selepas bantahan daripada
masyarakat minoriti.

Menurut kabel itu, Ong juga mengakui rasa tidak puas hati yang
sebegitu menebal di kalangan masyarakat Cina terhadap status quo dan
bahawa MCA akan menghadapi cabaran paling getir pada pilihan raya umum
akan datang.

Kebimbangan mempunyai asas apabila pada pilihan raya umum 2008,
separuh daripada kerusi MCA di Parlimen dirampas iaitu hanya mampu
mempertahankan 15 daripada 31 kerusi yang dimilikinya sebelum itu.
Gerakan yang memerintah di Pulau Pinang tumbang apabila semua kerusi
Dewan Undangan Negeri yang ditandingi tewas.

Usaha berulang-kali Malaysiakini bagi mendapatkan ulasan Ong masih
belum berjaya.

Satira : KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA

Di sebuah kedai serbaguna yang baru di buka, seorang lelaki membeli makanan tin buat anjingnya. Tetapi bila sampai di kaunter pembayaran, seorang cashier berkata, "jika hendak beli makanan untuk anjing kena bawa anjingnya sekali. Ini peraturan di kedai kami."

Kerana syarat tersebut lelaki itu tidak jadi membeli.

Esoknya lelaki tersebut datang lagi kerana kedai itu tidak jauh dari rumahnya. Kali ini dia hendak membeli makanan bagi kucingnya pula.

Sekali lagi ketika sampai untuk membuat pembayaran, cashier berkata, "jika hendak beli makanan kucing kena bawa kucingnya sekali."

Sekali lagi lelaki itu pulang dengan kecewa kerana peraturan yang tidak masuk akal.

Pada hari berikutnya, lelaki tadi datang sekali lagi ke kedai itu. Kali ini dia membawa satu bekas yang dibalut dengan kertas dan menyuruh cashier memasukkan tangan ke dalam bekas itu.

Cashier  tersebut menurut sahaja dan tidak lama kemudian menjerit, "ah! tahi," sambil menarik segera tangannya.

"Memang betul tahi. Saya datang hendak membeli tisu toilet. Jadi sesuai dengan peraturan kedai anda, saya terpaksa membawa tahi bagi membuktikan saya benar-benar hendak membeli tisu toilet."

Ahad, 28 Ogos 2011

TUNKU AZIZ : DAP mahu rakyat buat perubahan.


"Kita memerlukan negara Malaysia untuk semua rakyat Malaysia," kata Tunku Aziz.

 
PETALING JAYA: Naib Presiden DAP Tunku Aziz Ibrahim menyeru rakyat di negara ini melakukan perubahan kerana kerajaan Barisan Nasional sudah lama sangat memerintah negara ini.

“Sudah tiba masanya rakyat melakukan perubahan kerana selama 54 tahun itu kerajaan yang ada tidak pernah berubah atau melakukan reformasi,” katanya ketika ditemui FMT pada majlis iftar Ramadhan anjuran parti itu di ibu negara kelmarin.

Ujar beliau, “saya percaya perubahan yang akan berlaku nanti (dalam pilihan raya umum ke 13) merupakan satu perubahan yang sangat bermakna kepada rakyat.”

Menurut Tunku Aziz, walau pun Barisan Nasional memberi sogokan wang untuk memancing rakyat dan para pengundi tetapi rakyat diminta mengundi calon dari parti pembangkang.

Mengenai konsep 1Malaysia, beliau berkata beliau menyokong pengenalan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi tidak bersetuju dengan kaedah pelaksanaannya.

Tanpa mengulas lebih lanjut beliau berkata, “kita memerlukan negara Malaysia untuk semua rakyat Malaysia.”

Hadir sama tokoh veteran dan juga Ahli Parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan pemimpin-pemimpin kanan lain.

SALAH & BERDOSA KE MELAYU ISLAM BELA ANJING..?

Sejak kebelakangan ni makin banyak kita lihat orang Islam bela anjing.  Di zaman moden ini banyak pendapat yang sudah berbeza-beza. Nauzubillah. tujuan entry ini bukan lah untuk mengupas pendapat atau menegur sesiapa , cuma ingin menyampaikan ilmu yang dipelajari. Memang benar tidak ada perkataan haram untuk membela anjing tetapi , bacalah :
Hadis dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi s.a.w bersabda yang maksudnya: "Sesiapa mengambil ANJING (sebagai peliharaan) kecuali ANJING menjaga tanaman atau ANJING menjaga ternakan atau ANJING berburu, maka setiap hari pahalanya berkurang satu Qiraat".
Satu qiraat itu ukuran sebesar GUNUNG UHUD . fikirlah, terlalu banyak kah pahala yang sudah kita kumpul sehingga sanggup membiarkan pahala kita ditolak setiap hari? berkurang satu qiraat ( sebesar gunung) setiap hari?

Ini pila dicilok dari blog HHalem
...Petikan dari website JAIS...


3. PENJELASAN BERKAITAN HUKUM ORANG ISLAM MENYENTUH /MEMEGANG ANJING MENGIKUT MAZHAB SHAFIE


3.1 Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam.


(Air liur anjing, kering atau basah, mungkin akan terpalit di atas badan anjing itu sendiri, sofa atau pakaian yang mungkin kita tidak sedari. Anjing yang jinak tentu mengigit-gigit kita semasa bermain-main dan mengandongi air liur. Najis anjing yang mungkin terpalit dibadan anjing itu sendiri atau ditapak kasut yang kita tidak sedari. Timbul was-was. Lebih baik elakan langsung)


3.2 Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie adalah seperti berikut :



Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya.


Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah.


3.3 Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram.


Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya :


“Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot”.


PINK FLOYD dan Ranjau Separuh Jalan.



Ketika belajar di sebuah sekolah di Pulau Pinang suatu ketika dahulu, saya dan beberapa rakan telah menubuhkan sebuah kumpulan gitar rancak yang sebenarnya tidak rancak sangat pun. 

Kugiran kami dinamakan sempena Renaissance yang tercatit sedikit kisah mengenai zaman itu di dalam buku teks sekolah menengah.

Maka selepas beberapa kali outing, selain bermain papan selaju, kami pun dalam masa sama berbincang untuk menghasilkan lagu sendiri.

Setelah berpetang-petang belajar bermain gitar secara curi-curi di belakang kantin sekolah, akhirnya dapat juga bermain lagu cover oleh sebuah kumpulan…errr, punk agaknya.

Dipendekkan cerita, entah bagaimana, suatu hari dalam operasi spot check di asrama, kami yang terlalu hendak menonjolkan sangat semangat Renaissance, maka tercerahlah sedikit guru-guru kami yang sebelum ini berada di ceruk dalam, lebih dalam dari gua Plato.

Di meja masing-masing, tertampal gambar-gambar idola pemuzik dan kugiran, dengan perlbagai jenis logo dan sticker kugiran-kugiran yang boleh dikatakan agak jahat juga lah kalau dilihat dari perspektif seorang guru beraliran zaman kegelapan.

Black metal


Dalam masa sama, ketika tahun itu, Malaysia heboh dengan isu black metal. Saya sendiri tidak faham kenapa isu black metal popular dengan mendadak, kerana ketika itu saya tak ambil peduli langsung dengan muzik heavy metal. Saya lebih ke arah pop yeh yeh yang dilanjutkan menjadi muzik caca merba.

Bagaimana pun, oleh kerana spot check itulah, maka kami dituduh sebagai penganut black metal. Biasalah, kambing hitam perlu wujud untuk mengekalkan kuasa. Jadi, tertangkaplah kami.

Kami disumbatkan di dalam bilik disiplin. Itu pun selepas dipukul rotan berkali-kali. Umpama hamba abdi yang kerap dipukul dengan cemeti untuk bergerak menolak batu ke atas bukit.

Di dalam bilik yang berhawa dingin itu, lima orang guru duduk di kerusi empuk mereka, berhadapan dengan kami yang berdiri. Di tengah-tengah antara pelajar dan guru, meja panjang menjadi sempadan kami. Dan di atas meja itu, diselerakkan kaset-kaset, majalah-majalah, poster-poster, dan pelbagai lagilah perkara-perkara yang berkaitan dengan black metal itu.

Sudahlah disoal tentang kegiatan kami yang kerap jamming itu, dituduh pula kami  sebagai kumpulan ajaran sesat.

Bagaimana pun, atas faktor atas pagar yakni di antara profesionalisme dan ikatan perasaan guru-murid, jawapan kami hanya sekadar sengih dan buat-buat muka masam sahaja.

Ada juga good cop di kalangan lima orang guru itu yang cuba menggunakan kaedah lembut. Dan beliaulah yang meyakinkan kami supaya memegang penyapu untuk dijadikan gitar dan beberapa baldi sebagai drum untuk mempersembahkan lagu kami kepada mereka.

Sedikit segan kerana pertama kali membuat persembahan di hadapan penonton, lagu-lagu kami jadi sumbang, drum entah bunyinya ke mana, sementara gitar angin pula tidak betiup.

Penonton yang bad cop pula menjerit menyuruh kami meneruskan lagu kami. Oleh kerana peranan kasar beliau itulah yang menambahkan lagi malu alah kami menjadi kepada bengap.

Dipendekkan lagi cerita, akhirnya kugiran Renaissance kami dibubarkan. Percubaan untuk mengubah zaman tidak dapat berlaku kerana telur jantan masing-masing mengecut bak bunga layu di taman.

Renaissance

Lama sudah episode ngeri itu berlalu. Sehinggalah pada pada 24 Ogos 2011, saya terbaca sebuah rencana oleh seorang manusia bernama Zaini Hassan yang menulis dalam ruangan Cuit dalam akhbar Utusan Malaysia yang terkenal sebagai lidah rasmi UMNO.

Tajuknya, ‘Anwar The Renaissance Man, Pas Plastik dan P. Pinang milik UMNO!’

Siap ada tanda ‘!’ lagi. Ganas tajuknya, macam black metal tengah marah dalam Facebook pun ada.
Ketika membaca tulisan Zaini, saya mula faham, mengikut andaian saya (yang diculik dari akhbar web Malaysian Insider bertajuk, ‘Anwar is like a Renaissance man who likes ‘naked men’, says Utusan,’) bahawa Renaissance itu rupa-rupanya sebuah perkataan yang memberi makna yang lebih luas dari apa yang dipelajari saya melalui buku teks sekolah itu.

Lalu, saya pun mewikipediakan perkataan Renaissance, yang melanjutkan lagi secara separuh jelas dalam bahasa Inggeris (setakat yang saya mampu), malah dalam Wikipedia Bahasa Malaysia juga terdapat maklumat tentang itu, yang diterjemahkan sebagai Zaman Perubahan.

Kemudian baru saya teringat tentang buku teks sekolah saya dahulu, Renaissance datang selepas zaman pertengahan, atau lebih dikenali dalam buku teks sekolah sebagai zaman gelap.

Di dalam rencana Zaini itu, menurut berita di Malaysian Insider, “Utusan Malaysia mocked Datuk Seri Anwar Ibrahim today and likened him to Renaissance era artists such as Michelangelo and Leonardo da Vinci who ‘like fully naked men and handsome young boys.’”, membuatkan saya tidak senang.

Bukan kerana saya terangsang dengan nama Anwar atau perkataan naked man itu, tetapi kerana melalui perbandingan saya, di dalam rencana Zaini itu, beliau turut meletakkan alamat laman web wikipedia tentang Renaissance itu.

Saya sangat-sangat tidak sangka, seorang penulis yang mempunyai kolum sendiri di sebuah akhbar harian oleh menyamakan Ketua Pembangkang Parlimen dengan hasil-hasil seni yang mengubah corak pemikiran rakyat dunia.

Malah, lebih halus, Zaini, menurut Malaysian Insider, Anwar penulis buku Asian Renaissance itu dikatkan dengan minat hasil karya lucah dan homoseksual.

Sedangkan, menurut alamat wikipedia yang Zaini letakkan sendiri dalam rencana beliau, jelas menyatakan Renaissance itu adalah semangat perubahan dan pembaharuan dari budaya dan dogma lama yang kejam kepada percikan cahaya dan dilanjutkan kepada pencerahan, kemodenan teknologi yang dinikmati penulis sendiri.

Begitu hebat seni propaganda lidah rasmi UMNO itu sehingga dapat mencipta ‘bukti’ yang tiada kena mengena langsung dan dikaitkan menjadi seakan fakta. Cuma beliau tidak pula menyebut ‘ini fakta’ dalam mana-mana perenggan beliau.

Kalau Zaini sebut begitu, memang cari nahaslah beliau. Habis seniman seluruh dunia yang berjiwa halus seindah bulan dan bintang, mengamuk dan berpiket di hadapan bangunan Utusan!

Bila membaca tulisan lidah rasmi UMNO itu, kenangan saya kembali ke asrama sekolah dahulu, selepas beberapa bulan spot check diadakan.

Green Day

Warden yang merangkap guru Bahasa Malaysia di sekolah saya tegas orangnya. Tegap tubuh badannya, dan gaya rambutnya juga berubah-ubah. Ada kala pada perhimpunan pagi sebelum ke sekolah, gaya rambutnya seakan Al Pacino dalam filem The Godfather, tersikat rapi berminyak.

Ada kalanya pula rambut beliau akan disikat ke tepi kiri dan kanan –  rambut belah tengah. Pendek kata, beliau seorang yang ada gayalah.

Di asrama, selepas spot check itu, pengawas-pengawas membawa plastik-plastik barang rampasan dan dihamburkan di tengah padang tapak perhimpunan pagi pelajar asrama.

Warden tunjukkan satu persatu. Pertama, setakat yang saya ingat, ketika beliau mengangkat pita kaset album The Wall oleh Pink Floyd, beliau sempat membuat muka masam-tak-masam dengan senyuman perli memandang halus ke arah kami, sambil menunjukkan pita itu kepada pelajar-pelajar asrama yang sedang beratur seperti tentera yang paling malas di dunia.

Kemudian dibalingnya kaset itu ke tanah. Di ambilnya lagi barang-barang lain, dan begitulah reaksinya setiap kali bila menunjukkan barangan yang dirampas kepada kami semua.

Selepas tamat sesi tunjuk barang rampasan, dan pelajar-pelajar yang mana mahu menuntut (dan menjawab) barangan yang dirampas dibawa ke kantin asrama bersebelahan tapak perhimpunan pagi.

Sementara mereka berpusu ke kantin, saya dan rakan-rakan yang sealiran corak pemikiran, cepat-cepat lari kembali ke bilik asrama masing-masing untuk mencari barangan apa yang tidak dirampas.

Secara kesimpulannya, kesemua barangan kami, iaitu barangan larangan yang tidak patut ada dalam asrama dirampas kecuali sebuah kaset milik seorang rakan.

Satu-satunya kaset yang tidak dirampas antara kami itu tertulis ‘Green Day’ dengan kulit album padang rumput yang hijau. Ya, itu kaset cetak rompak. Kenapa tidak dirampas? Saya fikir kerana bahasa dan visualnya, mungkin.

Nasiblah warden kami guru Bahasa Melayu yang tidak mengikuti perkembangan muzik semasa.

Kalaulah beliau ikuti perkembangan muzik, mungkin sudah lama beliau sudah menggantikan Zaini Hassan dalam ruangan Cuit itu, sebab warden saya itu lebih enak bahasanya walau pun tidak bercakap berbanding pecacai UMNO itu sebagai penulis otai yang banyak menulis tetapi tulisannya tidak berisi.

Sebagai seorang pembaca, saya lebih suka tulisan yang bergaya berfakta dari bergaya banyak auta. Sudahlah makna Renaissance yang luas itu terbentang di hadapan skrin telah dimanipulasikan sempit sampai menjadi seni bogel, kemudian disebarkan pula kepada rakyat jelata yang seterusnya diwarta jadi berita.
Bahaya betul Renaissance ini…dari kacamata wartawan besar lidah rasmi UMNO.

Enlightenment

Walau pun saya tidak sedar ‘bahaya’ Renaissance sewaktu di sekolah dahulu, saya dan kawan-kawan memilih untuk tukar nama kugiran kami dengan sesuatu yang lebih sopan dan beradab.

Jadi kami tubuhkan pula kugiran baru yang bernama Enlightenment, siap dengan logo segi tiga bermata satu. Kalau diMelayukan nama itu, bunyinya Pencerahan. Sayangnya, baru saja rancang nak jamming, kami semua dibuang sekolah atas perkara-perkara yang sengaja saya tak mahu mengaku di sini sama ada kami betul atau salah.

Yang pasti pembuangan kami dari sekolah itu tidak ada kena mengena antara kugiran Renaissance dan arca bertajuk David oleh Michelangelo, sang arkitek, jurutera, penyair, dan pengarca yang hidup di zaman Renaissance Eropah itu.

Pembuangan kami sebenarnya kerana bukan kerana Renaissance atau Englightenment. Ia semata-mata kerana kegelapan. Kegelapan masih menguasai diri.

Saya fikir, agak susah menentang kegelapan kecuali dengan menyertai kegelapan itu sendiri. Mungkin ada baiknya saya telan bulat-bulat apa yang disuapkan oleh Utusan sebagai lidah rasmi UMNO.

Dengan hidup dalam kegelapan, saya mungkin dianggap berjasa kepada Utusan dan UMNO yang amat takut kepada pencerahan dan pembaharuan yang bakal menjangkiti minda orang Melayu.

Sabtu, 27 Ogos 2011

KONFIRM ~ PRU 13 pada bulan November!


Najib akan memanggil pilihanraya umum ke 13 sebaik
sahaja pembentangan Belanjawan 2012
pada 7 Oktober 2011

Datuk Seri Najib Razak telah memberi isyarat yang jelas kepada Kabinetnya bahawa pilihan raya umum semakin dekat sambil berkata, beliau mahu bertemu dengan rakyat setiap hujung minggu - Jumaat hingga Ahad mulai bulan depan.

Perdana Menteri (kanan) menegaskan mahu berbuat demikian selepas sambutan Aidilfitri dan menilai persekitaran landskap politik semasa.


Sumber-sumber memberitahu bahawa Najib mahu Barisan Nasional (BN) bersedia untuk menghadapi pilihan raya, yang kemungkinan diadakan bila-bila masa dalam tempoh enam bulan ini meskipun kebimbangan besar ialah beberapa bahagian masih belum bergerak sebagaimana diharapkan.
“Perdana Menteri memberitahu Kabinet bahawa jadual beliau mudah.

Isnin hingga Jumaat di pejabat, Khamis kerja politik dan Jumaat hingga Ahad di lapangan untuk bertemu dengan orang ramai dan mendapatkan maklum balas,” kata sumber.

Difahamkan beliau tidak akan menghadiri mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel di Perth, Australia mulai 28 hingga 30 Oktober ini.

Bagaimanapun tindakan keras pihak berkuasa ke atas gerakan tuntutan pembaharuan pilihan raya Bersih 2.0 bulan lalu telah menjejaskan imejnya, memaksa beliau melakukan pembetulan termasuk membentuk jawatankuasa pilihan khas Parlimen lima bulan kemudian.


Pun begitu katanya, pilihan raya umum boleh diadakan ketika jawatankuasa itu masih bersidang.


Momentum persediaan untuk pilihan raya umum ke-13 semakin meningkat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula sudah memesan peti undi dan mendapatkan maklumat mengenai penggunaan sekolah sebagai pusat pengundian November ini.

Pemimpin-pemimpin BN mula meninjau beberapa negeri sejak awal 2011 selepas Najib memberitahu partinya, Umno bahawa beliau akan mengunjungi setiap negeri bersama timbalan beliau Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menilai fikiran rakyat bagi mendapatkan mandat baru.


Najib menjadi perdana menteri pada April 2009 dan mandat semasa berakhir April 2013.


Terdapat tekanan dari dalam partinya dan komponen perikatan agar memastikan BN memperoleh dua pertiga kerusi di Parlimen dan mendapatkan balik beberapa negeri yang ia kalah pada Mac 2008.

Bagaimanapun difahamkan,
kepimpinan BN bimbang dengan 40 kerusi persekutuan yang disandang oleh perikatan itu memandangkan jentera peringkat bawah belum bergerak dalam mendaftar pengundi-pengundi baru ataupun mengadakan kempen.

“Mereka belum bergerak lagi.


Dan, pemimpin-pemimpin bimbang kerana ia akan mengambil masa enam bulan khususnya dalam memperkenalkan muka-muka baru,” katanya.

BN & Umno Perak bakal kecundang pada PRU 13..


Barisan Nasional (BN) boleh kehilangan Perak pada pilihan raya umum ke-13, demikian menurut keputusan pilihan raya olok-olok melainkan parti-parti komponennya meletakkan muka-muka popular yang berpotensi dan memastikan jentera di peringkat akar umbi menjana sokongan pengundi.

Seorang pemimpin Umno Perak memberikan sentimen yang sama sambil menegaskan, BN perlu meletakkan muka-muka baru untuk menyegarkan kedudukan perikatan itu sementara memastikan jentera peringkat bawah peringkat aktif bagi mendapatkan sokongan menyeluruh.
 
“Masalahnya ialah jentera Umno boleh bekerja jika diberikan motivasi, tetapi ahli parti komponen kelihatan tidak diberikan motivasi,” kata pemimpin Umno itu.

Beliau mendedahkan bahawa Umno hanya boleh menang 27 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak meskipun BN memerintah semula negeri itu sejak awal 2009 ekoran tindakan melompat parti melibatkan tiga wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

Pada Jun lalu, Umno negeri itu yakin boleh menang 33 kerusi dengan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menolak laporan bahawa kemenangan hanya boleh dipastikan jika calon yang betul dipilih kali ini.

Difahamkan beberapa pemimpin Umno bahagian di Perak keberatan untuk berkempen atau mendaftar pemilih baru melainkan mereka pasti akan menjadi calon pilihan raya umum ke-13.

“Umno Perak boleh menang 33 kerusi negeri tetapi pemimpin-pemimpin bahagian tidak mahu bergerak kecuali mereka atau calon pilihan mereka diturunkan,” kata sumber Umno ketika itu.

Pada Mac 2008, Umno bertanding di 34 daripada 59 kerusi Dewan Undngan Negeri di Perak dan menang 27 kerusi manakala MCA pula satu. Pakatan Rakyat memperoleh 31 kerusi.

“Tetapi mereka lupa bahawa kemenangan ketika pilihan raya umum 2008 adalah tipis,” katanya lagi.

Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS kini menguasai kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor selain memperoleh 82 kerusi Parlimen.

Perikatan itu menyasarkan akan memperoleh lebih banyak kerusi kali ini dan mengurangkan lagi majoriti BN pada pilihan raya umum ke-13.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memberi bayangan bila pilihan raya umum akan diadakan tetapi timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberitahu BN agar bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum dalam waktu terdekat.

Kebanyakan penganalisis dan pemimpin pembangkang menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh setahun ini tetapi ada juga mengatakan ia kemungkinan diadakan seawal November ini selepas Bajet 2012 dibentangkan di Parlimen awal 7Oktober dan sebelum perhimpunan agung tahunan Umno.