Ahad, 13 Mac 2011

ANALisa Buku : "A Doctor in the Sungai Buloh House...




Baca sampai habis ye...



‘Memoir Dr Mahathir’ dengan ‘memoir orang ramai’ yang lain banyak bezanya jika dipandang dari sudut perjuangan sebenar seorang pemimpin. Dr Mahathir telah menerajui kepimpinan Negara dan kepimpinan BN begitu lama dan saya beranggapan memoir yang ditulis beliau itu sedikit sangat, kerana terlalu banyak perkara yang beliau tidak tuliskan.

Lagi pun kalau dilihat dari isi kandungan buku yang ditulis beliau itu ianya melambangkan beliau lebih fokus kepada perkara peribadi sahaja dan amat sedikit yang ditulis tentang perjuangan rakyat dan perjuangan Melayu melalui parti UMNO yang asal dan parti UMNO baru yang beliau tubuhkan sendiri itu.UMNO yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir ini tidak ada kena mengena dengan pencapaian kemerdekaan negara kerana usia UMNO ini adalah lebih muda dari umur anak bongsu saya.

Banyak perkara yang beliau terlupa untuk menulisnya atau sengaja beliau lupakan kerana beliau tidak mahu fakta itu diketahui umum terutamanya kepada generasi yang baru.

Beliau tidak mengakui yang beliau sengaja tidak mahu UMNO lama itu terus hidup kerana jika UMNO lama itu masih kekal hidup UMNO terpaksa mengadakan pemilihan lagi sekali. Itu perintah Hakim Harun Hashim. Mahathir takut untuk melalui pemilihan lagi sekali kerana khuatir akan menghadapi kekalahan.

Beliau tidak sebut yang mengikut Akta pertubuhan 1965 beliau selaku Menteri Dalam Negeri semasa itu, beliau boleh menghidupkan mana-mana pertubuhan yang telah diharamkan oleh mahkamah termasuk UMNO dengan menggunakan seksyen 70, iaitu seksyen yang akhir sekali di dalam akta tersebut. Tetapi jika beliau hidupkan UMNO itu beliau merasakan yang beliau terpaksa mengadakan pemilihan sekali lagi dan itulah yang amat ditakutnya. Bagi beliau, biar UMNO itu lebur, jangan kuasa beliau hilang.

Ramai di antara ahli UMNO semasa itu menyeru beliau untuk menggunakan seksyen itu untuk menghidupkan UMNO itu tetapi beliau enggan kerana sebab yang telah di sebutkan tadi. Semuanya kerana kepentingan peribadi beliau.

Beliau tidak mahu dan mengakui yang tindakan 38 Bahagian UMNO telah mencalunkan Tengku Razaleigh untuk menawarkan diri jawatan Presiden UMNO itu ialah kerana semasa itu sudah ada tanda-tanda apa yang sedang berlaku sekarang sudah mula berputik. Ahli-ahli UMNO telah meminta Tengku Razaleigh untuk menjadi pilihan kepada Dr Mahathir di dalam pemilihan parti 1987 dahulu. Semasa itu sudah mula nampak dengan jelas yang ada pihak yang sedang berkuasa sedang memperkayakan diri dan keluarga mereka.

Urusetia UMNO telah membiarkan beberapa cawangan yang tidak berdaftar dan ada beberapa orang yang tidak layak dan tidak dibenarkan menjadi perwakilan telah mewakili Bahagian-Bahagian dan tindakan itu menjadikan perwakilan UMNO itu tidak sah jika dipandang dari sudut undang-undang.

Hasilnya beberapa ahli-ahli UMNO telah berbincang untuk membawa keMahkamah untuk meminta mahkamah membetulkan keadaan itu dan mereka telah berunding dengan Abdullah Badawi di kediaman Pak Lah di Jalan Medang Kapas, Bukit Bandaraya semasa itu.

Menuduh Tengku Razaleigh yang membawa isu itu keMahkamah adalah tidak benar. Kepada sesiapa yang ingin tahu silalah bertanya kepada Pak Lah jika beliau mahu mengaku yang tindakan ke mahkamah itu adalah di atas galakan beliau.

Tengku Razaleigh hanya terlibat dengan kumpulan 11 orang ahli UMNO itu untuk menghidupkan UMNO melalui Mahkamah Agong dan usaha ini telah dihalang oleh Mahathir dengan menggunakan kuasa yang tidak betul dan tidak bermoral. Beliau telah membuang Ketua Hakim Negara itu dan empat Hakim Mahkamah Agong yang lain memlalui penubuhan Tribunal yang juga menjadi isu yang memalukan dan dari saat inilah institusi kehakiman negara punah ranah dan tidak kebah sehingga hari ini.

Dr Mahathir juga patut memasukan juga di dalam memoir beliau bagaimana Tribunal pemecatan Tun Salleh dan hakim-hakim yang lain ditubuhkan. Tribunal itu ditubuhkan pada 1hb Mei 1988 dan ianya sangat memalukan kerana Tribunal ini ditubuhkan dengan seribu satu macam spekulasi yang buruk yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh sesiapa yang masih mengingati peristiwa itu. Peristiwa itu amat menyayat hati bagi sesiapa yang sayangkan negara yang semasa itu mempunyai tahap demokrasi yang amat membanggakan.

Nasihat PM kepada Yang diPertuan Agong untuk menubuhkan Tribunal itu dibuat pada 1 hb Mei 1988. Persetujuan Yang di Pertuan Agong juga didapati pada 1hb Mei. Melantik hakim Mahkamah Tinggi dari luar negara untuk menganggotai Tribunal itu juga pada 1 hb Mei. Penerimaan oleh Hakim-Hakim tersebut pun pada 1 hb Mei.

Malahan ada satu surat yang sepatutnya ditanda tangani oleh PM kepada Yang diPertuan Agong ditandatangi oleh Tuanku Agong sendiri. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Yang lebih membingongkan ialah 1hb Mei itu adalah hari cuti umum kerana hari itu adalah hari buruh. Lagi pula 1hb Mei itu adalah hari Ahad.

Dr Mahathir sepatutnya memasukan isu ini di dalam memoir beliau kerana ini adalah satu kejadian yang sangat ganjil dan tidak pernah berlaku di mana-mana negara maju dan membangun.

Mungkin sejak saat inilah timbulnya slogan ‘Malaysia boleh’ diwujudkan kerana dibawah Dr Mahathir semuanya boleh dilakukan. Yang mustahil boleh berlaku di negara lain, di sini di bawah Dr Mahathir boleh berlaku. Patutlah beliau selalu berkata yang Malaysia mempunyai demokrasi acuan sendiri.

Semuanya ‘Malaysia boleh’ kecuali menyaingi kedudukan beliau walaupun usaha untuk menyaingi beliau itu adalah untuk mengelakan apa yang sedang kita alami pada hari ini berlaku.

Tetapi apakan daya ramai juga yang percaya dan menganggap beliau sebagai hero bagi rakyat kita yang sentiasa dikelirukan oleh juak-juak ini. Oleh kerana itu janganlah hendaknya sesiapa menyalahkan pihak lain kerana keadaan yang kita alami hari ini tidak kunyung padam.

Banyak lagi kejadian yang sepatutnya disebut di dalam memoir itu yang masih belum disentuh. Kalau begitu mungkin kita yang akan menyentuhnya satu persatu nanti. Buat setakat ini elok diteliti apa yang telah sikit-sikit disebut dalam tulisan saya ini.

Di dalam kabinet hari ini Rais Yatim dan Shabery Cheek tahu segala-galanya tetapi mereka ini tidak akan berkata apa-apa kerana mereka sedang berusaha untuk menyambung keseronokan menjadi Menteri dan berglemor setakat yang mereka mampu lakukan.

Mereka tidak akan menyebut perkara ini lagi kerana tidak mahu hilang kenikmatan yang sedang mereka alami sekarang. Mereka sudah menjadi orang lain.
 
~ by Aspan Alias ~

p/s  Jadi  tak payah ler Yob nak ulas panjang lebor. Kawan blogger Yob dah telanjangkan segala galanya. Komer buat ler tafsiran sendiri. Ade Yob kesah? Warghhhhhkahkahkah..!

1 ulasan:

Rizal berkata...

Kalau Benar cerita ini Kan dah jadi sejarah!

Tapi tetap Kita kena sanjung mahathir atas jasa die... Jangan la jadi manusia yang tak tahu berterima kasih!