Selasa, 1 November 2011

SEKRETARIAT PROFESSOR ABDUL AZIZ BARI

PENUBUHAN  SEKRETARIAT  PROFESSOR ABDUL  AZIZ  BARI 
PENGENALAN :

Professor. Dr. Abdul Aziz Bari adalah seorang tokoh akademik yang telah berkhidmat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selama 20 tahun yang lalu. Professor Abdul Aziz mendapat pendidikan perundangan di Malaysia dan England. Bidang kajian dan pengajaran utama beliau ialah undang-undang awam, perbandingan undang-undang, dan teori perundangan.

Professor Abdul Aziz giat menulis pelbagai karya. Antaranya ialah buku-buku ‘best-selling’ seperti Constitution of Malaysia: Text and Commentary (dengan Farid Sufian Shuaib), Malaysian Constitution: A Critical Introduction dan Perlembagaan Malaysia: Asas dan Masalah. Karya lain termasuk Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan dalam Perlembagaan, Cabinet Principles in Malaysia: The Law and Practice, Islam dalam Perlembagaan Malaysia dan Politik Perlembagaan.

Lebih daripada 60 artikel dan bab-bab dalam buku yang Professor Abdul Aziz hasilkan telah diterbitkan di Malaysia dan luar negara. Beliau telah membentangkan lebih daripada 140 kertas kerja di seminar dan persidangan antarabangsa. Sebagi seorang pakar perlembagaan, beliau juga telah menulis lebih 300 artikel mengenai topik tersebut dalam media tempatan. Pencapaian beliau tercatat dalam edisi ke-22 Marquis’ Who’s Who in the World (2005). Professor Abdul Aziz ialah ahli Society of Legal scholars (SLS), United Kingdom dan International Bar Association (IBA) yang berpusat di London.

RASIONAL :

Setelah isu pergantungan tugas Professor Abdul Aziz Bari oleh pihak UIAM pada 20hb Oktober 2011, kami merasakan bahawa keberanian serta kelantangan Professor Abdul Aziz Bari perlu diberikan perhatian oleh semua pihak. Ini kerana segala pandangan dan hujah beliau adalah berdasarkan kajian ilmiah beliau selama menjadi pensyarah selama 20 tahun  lalu.

Professor Abdul Aziz Bari konsisten dalam pandangan beliau tentang isu-isu kedaulatan undang-undang terutamanya  yang berkaitan perlembagaan. Sehinggakan beliau layak digelar sebagai “Guru Perlembagaan”.

Ketokohan beliau perlu dijadikan ikutan semua pihak terutamanya anak-anak muda yang semakin dikelirukan oleh pelbagai pihak. Kami merasakan sudah masanya ketokohan Professor Abdul Aziz dikongsi bersama dengan rakyat keseluruhannya.

Maka dengan rasional tersebut kami telah menubuhkan sebuah sekretariat yang di panggil sebagai SEKRETARIAT  PROFESSOR ABDUL AZIZ BARI.

Sekretariat ini juga adalah salah satu daripada rangkaian kepada sebuah badan bebas yang mengharapkan perubahan secara menyeluruh terhadap sistem politik negara. Badan tersebut dikenali sebagai ROAD TO PUTRAJAYA (RTPJ).

OBJEKTIF     :

1)      Mempromosikan segala gagasan, idea dan pandangan Professor Abdul Aziz Bari yang berkaitan kedaulatan undang-undang khususnya dalam perkara yang terdapat di dalam perlembagaan Negara.

2)      Memobilasikan pelbagai pihak  samada badan politik atau badan pertubuhan bukan kerajaan agar memahami isi-isu penting dalam perlembagaan dan menghayati semangat perlembagaan.

3)      Menggerakkan institusi serta anggota masyarakat melalui aktiviti ilmiah agar memahami segala aspek perlembagaan seperti isu federalism, Melayu & Islam dalam perlembagaan, hak asasi manusia dan beberapa lagi aspek lain yang berkaitan masyarakat.

4)      Menyediakan ruang seluas mungkin kepada sesiapa sahaja yang ingin berbincang ataupun berbahas berkenaan kedaulatan undang-undang berdasarkan prinsip-prinsp yang telah termaktub di dalam perlembagaan.

AKTIVITI      :
Sekretariat Professor Abdul Aziz Bari akan mengerakkan aktiviti berbentuk ilmiah seperti berikut ;
1)      Ceramah Berkaitan Kearah Memahami Perlembagaan

2)      Bengkel bertemakan Menghayati Semangat Perlembagaan

3)      Siri Modul Penerangan Ringkas


Topik-topik yang bakal dikemukakan untuk difahami secara serius seperti berikut ;
1)      Mendepani cabaran keperlembagaan
2)      Demokrasi, keperlembagaan dan perlembagaan
3)      Federalisme dalam perlembagaan
4)      Kedudukan istimewa Melayu dan Islam dalam perlembagaan
5)      Hak asasi dan perlembagaan
6)      Pengasingan kuasa berdasarkan perlambagaan
7)      Memahami Raja Berperlembagaan
8)      Hak kebebasan beragama menurut perlembagaan

ANGGOTA  SEKRETARIAT :
Sekretariat ini ditunjangi oleh beberapa individu daripada pelbagai bidang antaranya ;
1)      Pengurusan Sumber Manusia ( Tokoh akademi & usahawan)
2)      Perundangan ( Peguam & pensyarah)
3)      Ekonomi
4)      Kemanusiaan dan sukarelawan

SASARAN  PROGRAM      :
Pihak sekretariat bakal menyusun siri jelajah Professor Abdul Aziz Bari ke seluruh Negara mulai bulan November 2011 sehingga selesai. Kami mensasarkan golongan muda dan individu yang terlibat dalam bidang politik atau badan bukan kerajan menyertai setiap siri jelajah tersebut.

HUBUNGI KAMI     :
Pihak kami boleh dihubungi melalui email iaitu sekretariatprofazizbari@gmail.com

Tiada ulasan: