Jumaat, 17 Jun 2011

PAS terus bergerak, UMNO terus merangkak...



PAS telah berjaya bertempur di dalan zon luar dari kawasannya dan strategi ini nampaknya memberikan keuntungan besar kepada PAS. Orang ramai memerhatikan sahaja lonjak dan tari Umno sambil tersenyum simpul.

PAS telah berjaya membawa perkara yang sangat besar di dalam agama, iaitu mengambil isu... negara berkebajikan sebagaimana yang di tuntut agama kita.

UMNO tidak mempunyai masa untuk melakukan usaha untuk membuang persepsi sebagai parti yang rasuah dan salah guna kuasa. Apa pun yang diakui oleh UMNO/BN ini, untuk membuang persepsi buruk ini bukanlah satu tugas senang, kerana persepsi rasuah itu bukannya melekat kepada parti tetapi melekat kuat kepada individu-individu pemimpin di dalam UMNO itu.

Kalau jatuh UMNO dalam pilihanraya nanti, masalah dan penyebabnya bukan UMNO tetapi kerana manusia yang memimpin dan memandu parti itu. Masalah yang UMNO hadapi ini ialah masalah kemanusiaan, bukannya masalah parti.

Jika UMNO umpama sebuah pesawat, UMNO merupakan engin dan pesawat yang baru. Tetapi kenapa pesawat itu jatuh juga? Jawapannya ialah kerana ‘human error’. Pesawat itu jatuh kerana kelemahan dan kesilapan pemandunya yang cuai dan tidak tahu hendak memandu pesawat itu kearah yang betul. Walaupun pesawat itu merupakan pesawat baru yang di daftarkan pada 1988 dahulu. Pesawat ini baru berumur 23 tahun sahaja dan tidak sepatutnya jatuh terhempas.

Pemandu yang sepatutnya memandu mengikut ‘operating procedure’ yang ditetapkan telah memandu dengan mengikut kehendak dan keinginan peribadi sendiri…..

Sebagai ahli UMNO, adakah anda bersetuju..?

Tiada ulasan: