Khamis, 2 Jun 2011

Ani, TNB dan Kroni...

Perjanjian antara kerajaan dan Pembekal Tenaga Bebas (IPP) hanya memberi keuntungan kepada ahli perniagaan dan kroni yang rapat dengan pemerintah, sedangkan rakyat pula menanggung beban akibat kenaikan tarif elektrik.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Tan Sri Ani Arope pernah menyatakan kepada umum bahawa beliau tidak setuju dengan harga yang terlalu mahal dikenakan oleh IPP kepada TNB.

“Berlaku tahun 96, kesannya sehingga kini. Sekarang naik lagi. Syarikat IPP untung sehingga RM 4 billion, rakyat harus bayar kos lebih. Ini soal dasar dan pentadbiran. Ini fakta yang tidak boleh dinafikan. Media Umno boleh padamkan tapi inilah kenyataan ketua TNB ketika itu, Tan Sri Ani Arope.

Dasar sedemikian menjadikan rakyat semakin terhimpit hanya untuk kepentingan pihak tertentu.

“Sepatutnya bila kita swastakan sepatutnya menjadikan ia sepatutnya lebih kompetetif. Samada ia jadi lebih cekap bila kita bayar harga sama, atau harga lebih murah.

“Untung berbilion harga tarif nak naik lagi. Ini perkiraan apa? Ini bermakna kita pelihara syarikat kaya tapi membebankan rakyat di bawah."

Tiada ulasan: