Sabtu, 2 Julai 2011

Sekeping Gambar "Bermaruah"


Hilang sudah satu khazanah tak ternilai Malaysia buat selama-lamanya...

Hanya dengan sekeping gambar Altantuya Shaariibu di Hotel Ritz-Carlton Singapura bersama malaon paling "disayangi", segalanya tampak mudah bagi Lee Hsien Loong...

Lebih 80 tahun sejak Tanjong Pagar menjadi tonggak penguasaan Tanah Melayu, akhirnya malam tadi semua orang tak dapat menahan sebak...

Jangan salahkan rakyat Johor kerana mereka juga merasa kesedihannya kehilangan warisan yang dianggap sebagai nilai sentimental terhadap republik itu...

Tapi salahkan malaon dalam gambar yang diugut Cawangan Khas dengan perintah Lee Kuan Yew, dua tahun lalu, sebaik sahaja malaon tersebut mengangkat sumpah di depan Yang di-Pertuan Agong...

Puas hatikah Najib Altantuya gadaikan tanah anak cucu cicitnya sendiri, hanya kerana sekeping gambar "bermaruah"??

Lu pikir la sendiri!

JALAN PULANG
Tersenyum ke atau menangis dalam hati Tuanku?
Jangan lupa amanat terakhir Almarhum Sultan Iskandar, Johor pasti
akan menuntut haknya yang dirampas Temasek!
Daulat Tuanku!

Perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di stesen Tanjong Pagar di sini melabuhkan tirai dengan diiringi linangan air mata pengunjungnya malam tadi, setelah 80 tahun menaburkan jasa menghubungkan rakyat di Semenanjung dengan Singapura.

Sebaik sahaja tren terakhir yang dipandu oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bergerak meninggalkan stesen tepat pukul 11 malam, para pengunjung stesen itu turun beramai-ramai ke landasan untuk merakamkan gambar serta mengutip batu kerikil di landasan untuk dijadikan kenangan.

Laporan Bernama Online menyebut ramai di kalangan pengunjung kelihatan menitiskan air mata selepas tren terakhir itu berlepas.

Sultan Johor memandu tren terakhir itu sebagai simbolik berakhirnya perkhidmatan KTMB di stesen itu.

Tepat jam 12 tengah malam, stesen yang telah beroperasi selama lapan dekad memberikan perkhidmatan menghubungkan Malaysia dan Singapura sejak 1932 itu menghentikan operasinya dari stesen itu secara total.

Bermula hari ini, perkhidmatan KTMB dari Singapura akan beroperasi dari stesen kereta api Woodlands.

Terdahulu, Sultan Johor yang diiringi putera baginda Tengku Temenggong, Tengku Idris, serta puteri Tengku Amina tiba di stesen itu pada pukul 10.20 malam seterusnya dibawa meninjau persekitaran stesen berkenaan oleh pegawai kanan KTMB yang bertugas.

Keberangkatan rombongan diraja itu disambut meriah oleh ribuan pengunjung serta para media sama ada tempatan mahupun antarabangsa yang begitu teruja menunggu sejak lewat petang bagi merakamkan detik bersejarah perjalanan terakhir tren itu.
 

Tiada ulasan: