Selasa, 26 Julai 2011

MEROKOK ITU HARAM...

Klik sini : MEROKOK ADALAH HARAM

Gambar hiasan
Walaupun ia memudaratkan kesihatan, namun amalan merokok terus menjadi pilihan ramai.

Lebih kesal, 2.5 juta umat Islam di negara ini, masih ambil mudah mengenai fatwa, merokok itu adalah haram.

Untuk rekod, terdapat 3 juta perokok tegar di Malaysia, termasuk remaja berusia antara 13 hingga 15 tahun.

Kekesalan itu dinyatakan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jakim.

Menurutnya, fakwa yang dikeluarkan wajar diambil serius, walaupun Jakim belum mempunyai rancangan menguat kuasakan nya menerusi undang-undang.

Bagi Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hassan Abdul Rahman, amalan merokok dilihat antara punca kerajaan terpaksa menanggung kos perubatan penyakit kronik sehingga RM3 bilion setahun.


Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO juga meramalkan, tahun ini seramai 5 juta penduduk dunia akan mati akibat penyakit berkaitan rokok seperti serangan jantung, strok dan kanser.

Mereka ditemui di majlis perasmian Seminar Pendidikan Fatwa Merokok Adalah Haram di Putrajaya siang tadi.


p/s Kak Yong komer kata, mungkin hukom halal haram ni tidak tertaluk kepada ahli Abim, Jakim, Yadim, dan segala yang ader berbunyi Bim, Kim, Dim... Warghkahkahkah!

Tiada ulasan: