Rabu, 2 November 2011

Sepohon tomato ini,menghasilkan selori buah.

Sepohon RTPJ menghasilkan 19,200 PEJUANG RAKYAT...

BOB LOKMAN DIBURU, ELTON JOHN DIPUJA...


Sir Elton John and his partner David Furnish have become the proud parents to a baby boy named Zachary Jackson Levon Furnish-John.

Zachary was born weighing 7 lbs., 15 oz. via a surrogate mother in California on Christmas Day. This is the first child for John, 62, and Furnish, 48. The couple married in 2005 after being together for 12 years.


In a joint statement to Us Magazine, the couple said: "We are overwhelmed with happiness and joy at this very special moment. Zachary is healthy and doing really well, and we are very proud and happy parents."


Yob ~ Agak agak anak dorang ni akan jadi manusia normal ke? Kalo korang nak nengok konsert Elton John, dapatkan tiket di kaunter JASI. Warghkahkahkah!!

PERAK KITE : Majlis Daerah Batu Gajah Masih Boros Lagi

2 November 2011
Kenyataan Media YB V.Sivakumar di Batu Gajah pada 1 November 2011

Pakatan Rakyat Batu Gajah berasa kesal dengan tindakan Majlis Daerah Batu Gajah kerana mengubah suai tapak buah-buahan berhampiran dengan Taman Orkid. Tempat ini merupakan satu tapak kosong yang luas berhadapan dengan pasar awam Batu Gajah.

Tapak ini telah  dibina lebih kurang 3 tahun yang lalu dan berada dalam keadaan yang cukup baik. Sudah tentu Majlis Daerah telah membelanjakan beratus ribu ringgit menyiapkan tapak ini.  Pada hari Ahad dan pada musim perayaan, tapak ini digunakan oleh orang ramai sebagai tempat letak kereta.

Ini adalah kerana  pasar awam Batu Gajah tidak mempunyai tapak  tempat letak kereta yang mencukupi. Selain daripada itu, tapak ini juga digunakan  untuk mendirikan gerai-gerai pada bulan Ramahddan.

Tiba-tiba Majlis Daerah Batu Gajah mula membuat satu projek yang tidak diketahui umum di tapak ini. Ada jentera-jentera yang sedang  memecahkan tapak tar  yang sedia ada. Kerja-kerja ubah suai tapak itu telah dimulakan. Walau bagaimanapun, tidak ada sebarang papan tanda di tapak itu untuk menerangkan atau member i  maklumat  mengenai projek yang dijalankan.  Oleh yang demikian, orang ramai tidak mengetahui apakah sedang dilakukan oleh Majlis Daerah Batu Gajah di tapak buah-buahan itu.

Sungguh menyedihkan  kerana pihak Majlis  juga tidak pernah memberitahu projek-projek yang dijalankan oleh mereka kepada Ahli Dewan Negeri kawasan itu.  Apa guna mewar-warkan ‘Local Agenda 21’ jika Majlis Daerah tidak telus dalam memberitahu wakil rakyat dan penduduk tempatan tentang projek yang dijalankan di sesuatu kawasan di bawah bidang kuasanya. Ini bererti pihak Majlis Daerah sendiri tidak faham tentang maksud ‘Local Agenda 21’ dan menyebutnya secara mebuta tuli.

Projek pengubahsuainan tapak ini adalah satu projek yang boros.  Melihatkan kerja-kerja yang sedang dijalankan, projek ini sudah tentu menelan belanja beratus ribu ringgit. Tidak ada sebarang keperluan untuk mengubah suai tapak ini. Ini adalah satu projek semata-mata untuk  menghabiskan wang rakyat dan tidak membawa sebarang keuntungan ekonomik kepada orang ramai. Ini merupakan satu bukti bahawa pihak Majlis Daerah tidak mempunyai satu perancangan yang baik. Itulah sebabnya senantiasa mengamalkan budaya ‘buat kemudian pecah, kemudian buat yang baru’.

Banyak projek-projek gajah putih telah dilaksanakan oleh Majlis Daerah Batu Gajah. Semua ini telah membelanjakan wang rakyat sewenag-wenangnya. Banyak lagi projek-projek yang lebih penting  perlu dibuat tetapi tidak dibuat oleh pihak Majlis Daerah Batu Gajah.  Aduan rakyat mengenai longkang tersumbat, jalan rosak, masalah banjir kilat, keperluan lampu jalan, kerosakan alat-alat  mainan di padang permainan dan macam-macam lagi tidak dipedulikan oleh pihak Majlis Daerah.

Majlis Daerah Batu Gajah hanya memberi  tumpuan kepada projek-projek mewah yang tidak membawa faedah kepada rakyat jelata. Natijahnya, ini menimbulkan perasaan marah dikalangan orang ramai yang membuat aduan mengenai masalah harian yang dihadapi oleh mereka. Pembayar cukai taksiran diabaikan dengan alasan tidak cukup dana. Akan tetapi, Majlis Daerah sanggup membuat projek-projek mewah seperti ini. Ada juga gejala-gejala kronisme yang menjadi buah mulut yang sangat ketara dikalangan warga Batu Gajah.

Yang Dipertua Majlis Daerah  Batu Gajah yang baru harus  memandang serius masalah-masalah ini. Budaya lama sebelum  ini perlu dikikis dan amalan berjimat cermat perlu diutamakan. Jangan membuat projek-projek kalut  yang tidak membawa manfaat kepada rakyat malah merugikan  wang pembayar cukai.

Selasa, 1 November 2011

Keluhan Ahli RTPJ


Salam,
[tema-memperkasakan Parti Keadilan Rakyat]
Akhir2 ini saya dapat maklumat baik dikalangan anggota parti maupun dalam kalangan pakatan rakyat, rakyat pertubuhan NGO dan badan penyelidikan bahawa Adil dalam keadaan yang lemah dan tenat.
Saya akur sejak pemilihan parti 2010 yang lepas dan selepas kita menang besar pada PRU 2008 termasuk kekalahan kita di pilihan raya kecil di Sarawak kita masih tidak dapat mara kedepan untuk meyakinkan terutama kaum melayu dan pengundi atas pagar bahawa Adil adalah sebuah parti yang relevan untuk masa depan dalam politik tanahair.
Saya telah cuba untuk mencari punca utama mengapa ia berlaku dan mendapati beberapa perkara untuk penambahbaikan parti jika mahu terus relevan.Rumusan saya adalah seperti di bawah:-
1.Adil perlu memperkasakan perlembagaannya Tidak guna kita buat pindaan dahulu tetapi tidak cuba untuk mengamalkan apa yang telah kita pinda.Kuasa cabang dilihat cuba di perlemahkan oleh beberapa pihak tertentu yang mempunyai kedudukan. MPN negeri dilihat tidak dapat memainkan peranan nya disebabkan Presiden sentiasa di pengaruhi oleh pihak tertentu dalam memilih siapa yang layak sebagai pengerusi MPN.[contoh ketara adalah di Perak dan Sabah]
2.Presiden mesti lebih berani dan dinamik dalam memperkasakan Perlembaagaan parti.Terdapat ramai anggota parti yang akan menyokong presiden dalam soal ini.
3.Pemilihan calon PRU 13 mestilah mempunyai criteria yang jelas berdasarkan perlembagaan parti dan tambahan criteria yang jelas dan munasabah.Kita tidak boleh benarkan hanya pihak-pihak tertentu sahaja yang menentukanberdasarkan criteria yang tidak jelas dan meragukan.Kita tidak boleh memilih hanya kerana calon tersebut mempunyai nama di peringkat nasional tetapi akhirnya melompat parti bila menang.[contoh Ahli parlimen dan adun Adil mempunyai jumlah yang tertinggi melompat parti sejak 2008 maupun sejak 1998]
4.Isu-isu rakyat bukan sahaja berdasarkan buku jingga tetapi masalah struktur yang lebih besar hendaklah kita juarai terutama isu system perbankan, pembiayaan matawangdan faedah. Tidak guna kita menang PRU13 tetapi dasar ekonomi kita masih bersandarkan ekonomi berdasarkan faedah. Ahli politik kita kena duduk dan bincang perkara ini agar satu rumusan kearah mengurangkan masalah ekonomi riba supaya rakyat terbanyak mendapat manafaatnya secara keseluruhan.
5.Sikap denial syndrome dan swept under the carpet di kalangan pemimpin kita mesti diubah. Kita perlu menang di PRU 13 tetapi melaksanakan kebenaran dan keadilan mesti tetap sebagai agenda yang berterusan.Bagaimana kita mahu bersih tetapi kita sendiri tidak bersih dalam melaksanakan apa yang ada dalam perlembagaan parti.
Apa komen anda?

Jantan Gila Sek

Siap adjust badan lagi mamat ni agar dapat mengenakan bahagian belakang perempuan tu.
 
 
 
 
Elok jer pulak lurus badan mamat ni kalau tak der perempuan! Dasar lujantan gila seks.