Bekas pemimpin PKR ini menyertai parti KITA bersama Zad Ibrahim. Team RTPJ sempat berbual dengan beliau, dan dengar khabarnya KS Kottapan akan bertanding di Kota Raja atau Seri Andalas. "Dimana sahaja YB Xavier Jayakumar bakal bertanding, disitu ada saya.."
Jumaat, 24 Jun 2011
DISKUSI BERSAMA WONG PY...
Wong PY merupakan moderator Malaysia 4Change dan TindakMalaysia. Team RTPJ mengadakan perjumpaan bersama Wong dan membincangkan banyak perkara mengenai PRU 13 dan penghasilan video versi bahasa malaysia..
http://www.tindakmalaysia.com/
RTPJ bersama TIM WIRANITA PERKASA...
Siapa kata lawan tak buleh jadi kawan..? Terima kaseh kepada Sdr Zainol Arif, Admin RTPJ kerana sudi menjemput Shazlina Datuk Sharani dan Sdr Jufli (Setiausaha MAP), kemajlis makan malam santai. Kami bertukar tukar pandang mengenai isu semasa.
Shazlina akan dijemput berkongsi pandangan beliau didalam program '60 minit bersama RTPJ' dengan topik "KETUANAN MELAYU ATAU KETUANAN RAKYAT..?", dalam masa yang terdekat.
PERJUMPAAN BLOGGERS & FACEBOOKERS RTPJ..
Perjuangan RTPJ amat mudah...
1. Kami tidak mementingkan parti politik. Calon yang bakal diketengahkan amat penting kepada pengundi setempat memilih calon mereka.
2. Dasar perjuangan parti politik hampir sama. Yang membezakan adalah latarbelakang calon. RTPJ hanya menyokong calon yang mempunyai latarbelakang BERSIH SAHAJA. RTPJ tidak mementingkan bangsa, ugama dan parti.
Langgan:
Catatan (Atom)