Sdr Md Nasib Rahin ~ Pengerusi MAP Perak |
Lagi desakan minta Anwar serah DNA
Kira-kira 200 orang yang mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun dan berarak di perkarangan ibupejabat DAP, PAS dan PKR negeri di Medan Istana petang tadi mendesak Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan DNA yang dikehendaki mahkamah dalam perbicaraan kes liwatnya. Ahli-ahli NGO terbabit yang mendapat sokongan semangat Exco Kanan kerajaan negeri, Datuk Hamidah Osman turut menampal poster-poster pada dinding pintu depan ibupejabat PAS, DAP dan PKR yang antaranya tertulis PAS-Anwar pembohong, DAP-Desak Anwar serah DNA dan Anwar Penipu.Perhimpunan dan perarakan secara aman itu yang bermula pada jam 3.30 petang berakhir pada kira-kira jam 4.30 petang.
Datuk Hamidah ketika ditemui media berkata, perhimpunan yang diadakan itu yang turut disertai wakil Pemuda UMNO Ipoh Barat dan PERKASA adalah sebagai menyahut desakan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Gopeng semalam yang yang meminta Anwar Ibrahim menyerahkan DNA bagi merungkai persoalan gen Y yang menjadi tanda tanya dalam perbicaraan itu.
Katanya, Wanita Gopeng tidak mahu rakyat terus ditipu dan terpedaya oleh Anwar Ibrahim dan mendesak agar Anwar menyerahkan DNA.
“Kalau Anwar seorang pemimpin yang bertanggungjawab inilah masa dan ketikanya beliau bersihkan namanya . Jika sekiranya beliau tidak terlibat inilah masanya beliau patut segerakan proses perbicaraan.
“Pada saya orang yang tidak mahu serahkan selalunya orang yang tak berani dan takut kerana salah. Jika Anwar masih enggan kita harus andaikan DNA lelaki Y itu adalah Anwar Ibrahim. Jangan salahkan kami kerana kita dah beri peluang kepada dia untuk tampil ke depan membersihkan namannya tapi beliau gagal,’’ katanya.
“Rakyat perlu diberitahu cerita yang sebenarnya dan sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab, Anwar perlu menyerahkan DNAnya ibarat pepatah Melayu berani kerana benar, takut kerana bersalah,’’ katanya.
p/s Dimana suara AMK dan Wanita Perak..??? Warghkahkahkah..!
1 ulasan:
Tidak hairan tidak pelik kalau demo mendesak nak dapatkan DNA diadakan.Perhimpunan ini bukan sia-sia tapi sial dan memalukan keturunan bangsa. Macam dibenarkan pula kerana tiada sekatan dari pihak tertentu, apalagi tak payah permit segala.Inilah masa NGO nak jadi perkasa dalam jaguh meruntuhkan moral dan keaiban orang.Barangkali dapat sanjungan juga bakal dapat honorarium peringkat tinggi.Langsung tak ada istilah peka terhadap aturan agama. Alangkah rugi kehidupan tersalut dek noda-noda setan ini.Kalau dah bijak sangat tu buatlah sesuatu yang terpuji dalam saat ekonomi nak meruncing ni.
Catat Ulasan